'Suami orang, lelaki berpunya tolong jangan DM. Hormat pasangan' - Erynne Erynna
PELAKON Erynne Erynna meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu lelaki berstatus suami orang atau sudah berpasangan yang didakwa masih berani menghantar mesej (DM) kepadanya di media sosial.
Menerusi saty hantaran di Threads, Erynne berkongsi menerima mesej-mesej tidak 'manis' di laman sosial, sekali gus mendorongnya untuk memberi peringatan terbuka kepada pihak terbabit.
"Kepada suami orang atau lelaki yang sudah berpunya, tolong jangan DM saya mahupun wanita lain.
"Sila hormat pasangan kalian dan diri sendiri," tulisnya.

Erynne atau Syazlynne Erynna Abdullah, 29, turut menegaskan bahawa soal menjaga maruah dan kawalan diri bukan hanya tanggungjawab wanita, tetapi juga lelaki, sama ada secara peribadi mahupun di khalayak.
Artikel berkaitan:
Berpakaian longgar, manis bertudung, warganet doakan Erynne Erynna istiqamah
Kahwin dalam usia muda bukan perkara mudah - Erynne Erynna
Erynne Erynna sah bercerai, ikatan 5 tahun terlerai. 'Jodoh kami tertulis sampai di sini'
"Sebagai lelaki juga harus jaga maruah dan harga diri secara privately as well as publicly, bukan tertakhluk pada perempuan sahaja.
"Jangan buat perkara yang boleh memalukan diri sendiri kerana nafsu.

"Sebagai manusia, maruah dan kawalan diri perlu ada.
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 itu turut mengakui peringatan tersebut bukan hanya ditujukan kepada orang lain, malah sebagai muhasabah untuk dirinya sendiri agar sentiasa menjaga batas pergaulan di media sosial.
“Saya juga ada kelemahan dan keburukan sendiri, ini nasihat buat diri saya sendiri juga untuk sentiasa jaga diri,” kongsinya.
Sekadar info, Erynne mengumumkan perpisahan dengan bekas suaminya, Muhamad Afify Sazali pada Ogos 2024.
Pelakon Congkak dan Damping Malam itu memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Medinah berusia lima tahun.
Sumber: Threads
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
