Tahun lepas minta jodoh di hari Arafah, tahun ini Sissy Imann sah bergelar isteri – ‘Doa saya sangat spesifik, ALLAH sangat baik '
HARI Arafah antara waktu terbaik untuk berdoa kerana kemakbulan dan mustajabnya yang lebih pasti. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berkongsi salah satu doa hari Arafahnya menjadi kenyataan.
Menerusi satu hantaran di Threads, pelantun lagu Mungkin Kamu dan Namaku Padamu itu berkongsi dia pernah berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang tepat walaupun ketika itu belum memiliki teman lelaki.

"Salah satu doa hari Arafah tahun lepas, saya minta cepat dipertemukan jodoh yang tepat dan hari Arafah tahun seterusnya saya dah berkahwin.
"Masa itu, boyfriend pun tak ada," ujarnya.
Jelas Sissy lagi, doa tersebut akhirnya dimakbulkan dan tahun ini, dia sudah pun bergelar isteri.

"Hari Arafah tahun ini, saya dah kahwin. ALLAH memang baik sangat.
"Doa itu sangat spesifik - "Ya ALLAH tahun depan hari Arafah saya hendak ada suami yang terbaik untuk saya". Alhamdulillah," titipnya.
Untuk rekod, Sissy selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Dr Zamir Hilman Hamzah pada 12 Disember 2025.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
