Bapa Erysha Emyra kembali ke rahmatullah

No Image Caption
A
A
A

TAKZIAH diucapkan buat pelakon Erysha Emyra yang kehilangan bapa, Datuk Zakaria Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat.

Berita duka itu dikongsikan abang Erysha yang dikenali Mishon Zack menerusi Instagram.

No Image Caption

"Salam semua ayah saya Datuk Zakaria Abdul Rahman baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada petang tadi.

"Jenazah akan dibawa ke rumah kediaman almarhum No 7, Jalan 7a, Kemensah Heights," kongsinya.

No Image Caption

Menurut Mishon, solat jenazah akan diadakan selepas solat Subuh esok (Sabtu) dan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemensah kira-kira pukul 9 pagi.

Erysha terdahulu memohon doa orang ramai buat arwah bapanya yang berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sumber: Instagram

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang