'Gatal kaki nak keluar berjalan’ - 19 hari berpantang, Eyka Farhana mengaku tak boleh duduk diam, respons rakan selebriti jadi tumpuan

No Image Caption
A
A
A

ADAKALANYA, fasa berpantang selepas melahirkan anak boleh menjadi tempoh yang agak membosankan dan mencabar mental bagi seorang wanita, terutamanya bagi mereka yang berpewatakan aktif.

Itulah yang dirasai oleh pelakon jelita, Eyka Farhana, yang kini sedang melalui proses berpantang selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama.

No Image Caption

Walaupun tiada masalah mengikut menu makanan berpantang, rutin berurut mahupun bersauna, rupa-rupanya ada satu perkara yang membuatkan isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid ini 'kalah' iaitu bab kena duduk diam!

Masuk hari ke-19 berpantang, Eyka sempat mengusik netizen di aplikasi Threads miliknya tentang situasinya yang sudah mula rasa tidak senang duduk dan rindu nak melihat dunia luar, sekadar untuk mengambil angin segar.

“Day 19 of berpantang. So far saya ok je pantang makan, pantang nak kena urut sauna itu ini tapi saya susah nak pantang kena duduk diam and baring je.

"Mesti nak jalan sana jalan sini (dalam rumah je), especially nenek ada hari-hari kena bising.

"Sebenarnya dah 2 weeks ni rasa ‘gatal’ je kaki nak keluar berjalan. Dah boleh kot kan keluar ambik angin?” selorohnya.

No Image Caption

Luahan jujur pelakon berusia 31 tahun itu nyata mengundang perhatian dan 'hujan' komen daripada rakan-rakan selebriti yang rata-ratanya bergelar ibu, termasuklah pelakon Eyra Hazali dan Syifa Melvin. Masing-masing sempat berkongsi tip dan pengalaman tersendiri bagi meredakan rasa bosan berkurung di dalam rumah.

"Boleh je keluar sekejap dalam 20 minit macam tu waktu pagi kat taman. Best! Bawa baby jalan-jalan juga," kongsi Eyra Hazali memberikan idea.

"Gila tak boleh, day 6 pantang czer (pembedahan) tahu dah bawa Saif pergi playground, meroyan duduk rumah tahu hahaha," tulis Syifa Melvin pula sambil berseloroh.

Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, para pengikut dan netizen turut memberikan pelbagai reaksi positif serta kata-kata semangat.

Berpantang  gaya  moden

Ramai yang bersetuju bahawa amalan berpantang gaya moden kini lebih fleksibel demi menjaga kesihatan mental si ibu, asalkan badan dirasakan sudah kuat dan sihat.

No Image Caption

"Saya dua minggu berpantang dah buat senaman ringan untuk kuatkan kegel. Tak tahu la amalan mana yang berpantang kena baring je. Badan pun akan rasa lemau macam orang sakit," komen salah seorang pengikutnya.

"Boleh jer kalau rasa dah sihat dan pulih. Tempoh berpantang sepatutnya menenangkan, bukannya stres. Buat apa sahaja yang dirasakan betul untuk diri sendiri. Kita lebih tahu badan kita. Jangan dengar orang cakap tak cukup hari pantang dah keluar jalan-jalan, kita nak elak kemurungan selepas bersalin (postpartum depression)," nasihat seorang lagi netizen dengan penuh empati.

Bagaimanapun, dalam kebebasan keluar mengambil angin, ada juga yang sempat menitipkan pesanan supaya Eyka tetap menjaga diri dan menjaga pantang-larang asas sekiranya mahu melangkah keluar dari rumah.

"44 hari jer.. hari 45 nak pergi melompat-lompat pun pegilah.. tapi kalau terpaksa keluar sebelum 44 hari, kenalah pakai stokin dan baju penuh (berpakaian litup), pilis jangan lupa," pesan seorang netizen mengingatkan.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025. Apa-apa pun, memang betul kata netizen, emosi ibu yang gembira dan tenang adalah kunci utama dalam fasa berpantang ini. Selamat berpantang Eyka, tapi keluar nanti jangan lupa pakai stokin ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang