'Betul ke kita besarkan anak untuk dilepaskan?' Menjelang hari pernikahan Ammar, luahan sayu Che Ta tentang Aaisyah undang sebak
"BETUL ke orang kata, kita ni besarkan anak untuk dilepaskan?" Demikian luahan hati pelakon dan ikon fesyen terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta buat ramai tersentuh.
Menghitung hari menjelang majlis pernikahan anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy , 30, yang dijadualkan berlangsung pada 26 Jun ini, selebriti popular itu berkongsi hantaran penuh emosi.
Melalui satu perkongsian menyentuh hati baru-baru ini, fasa melepaskan ternyata menjadi realiti yang paling berat namun terpaksa dilalui oleh setiap ibu bapa apabila cahaya mata mula membina hidup sendiri.

Artikel penuh:
- Che Ta pertimbang home schooling untuk Aaisyah, bimbang kes jenayah sekolah meningkat: 'Budak sekarang perangai pelik-pelik'
- Che Ta buka cerita persiapan majlis Ammar, dari hantaran hingga siapa masak lepas kahwin. 'Tak payah nak berebut, 30 tahun dah duduk sekali'
- 'Rasa macam baru semalam lahirkan Ammar...' Selesai pertunangan anak sulung, Rozita Che Wan titip doa. Nikah Jun 2026
Bukan sahaja kasih seorang ibu yang menjadi sorotan, malah hubungan akrab anak bongsu Che Ta, Aaisyah Dhia Rana, 12 dan abang-abangnya turut mencuri perhatian.
"Apa-apa pun, Aaisyah akan rindu memiliki abang-abangnya untuk diri dia seorang sahaja. Sebelum berkahwin, dia boleh mencari abangnya setiap kali mahukan pelukan, jenaka atau untuk bermanja.
"Selepas berkahwin, kehidupan berubah, keutamaan beralih dan masa mereka bukan lagi milik dia seorang," tulisnya.

Bagaimanapun, nukilan itu diakhiri dengan pesanan yang cukup mendalam, mengingatkan bahawa walau sejauh mana pun kehidupan membawa Ammar selepas ini, ikatan darah tidak akan pernah putus.
"Tapi tak kira ke mana sahaja kehidupan membawa mereka, dia akan sentiasa menjadi adik perempuan mereka, gadis pertama yang mereka cintai," titipnya.

Pejam celik, 26 Jun bakal menjelang tidak lama lagi dan bakal menyaksikan peralihan besar buat keluarga ini.
Menerusi Insta Story, pelakon Adik Manja Returns tersebut berkongsi sedag membuat persiapan menyambut menantu.
"Tengah siapkan bilik pengantin. 26/6/2026, 15 days to go," titip Che Ta.
Terdahulu, Ammar Effendy dan Auni Ikhwan melangsungkan pertunangan pada Oktober 2025. Sekadar info, selain Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana, Che Ta memiliki seorang lagi anak lelaki bernama Aniq Ezzra yang berusia 28 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
