Tak melenting Jemyma raih 10A tapi ada C & D, netizen suka cara Fasha Sandha hormati usaha anak. 'I salahkan diri...'

No Image Caption
A
A
A

SIAPA kata jadi ibu bekerjaya itu mudah? Di sebalik kesibukan mencari rezeki, terselit rasa bersalah yang mendalam dalam diri setiap wanita bergelar ibu apabila tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak, terutamanya dalam aspek pelajaran.

Perasaan inilah yang dikongsikan oleh pelakon popular, Fasha Sandha menerusi akaun Threads miliknya baru-baru ini.

Berkongsi keputusan peperiksaan anak perempuannya, Jemyma yang kini berusia 11 tahun dan berada di Tahun 6, Fasha meluahkan rasa syukur dan bangganya yang tidak terhingga atas pencapaian permata hatinya itu.

Walaupun Jemyma atau nama sebenarnya Putri Raysha Jemyma berjaya meraih keputusan cemerlang dengan 10 A, terdapat juga beberapa mata pelajaran yang mendapat gred C dan D, namun reaksi tenang Fasha benar-benar menyentuh hati ramai.

Menerusi hantaran tersebut, isteri kesayangan pelakon Aidil Aziz ini langsung tidak melenting atau memarahi anaknya atas gred yang kurang memberangsangkan itu.

No Image Caption

Sebaliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha binti Hassan dengan penuh rendah diri memilih untuk meletakkan kesalahan tersebut di bahunya sendiri.

"I bersyukur dia berjaya 10 As … tetapi untuk C dan D tu, I salahkan diri sebab tak dapat nak ajar dan fokus teman dia. Good job anak-anak ibu, next term kita buat yang lebih pandai okay. Ibu proud of you semua anak-anak ibu.

"Anak saya 11 years old (in year 6)," tulisnya penuh keibuan.

Sikap Fasha yang matang ini membuktikan bahawa sokongan moral dan kasih sayang tanpa syarat adalah kunci utama dalam mendidik anak-anak, bukannya tekanan semata-mata.

Mengulas lanjut mengenai gred C dan D tersebut, Fasha mengakui jadual seninya yang padat di set penggambaran membataskan masanya untuk memantau pembelajaran Jemyma secara dekat.

Sambil berseloroh, Fasha menyifatkan dirinya lebih banyak menjadi lembut berbanding tegas apabila pulang ke rumah kerana terlalu rindukan anak-anak setelah seharian sibuk bekerja.

No Image Caption

"I salahkan kesibukan i…… memang tak dapat nak 'menyinga' sangat. Balik kerja je i jadi kucing parsi je sebab lama tak jumpa busy di set…. Takkan nak menyinga dalam masa yang singkat,

"Kadang-kadang jadi singa ni bagus untuk pelajaran anak-anak, kan," kongsinya lagi dengan nada santai namun sarat dengan realiti yang dihadapi oleh ramai ibu berkerjaya di luar sana.

Untuk rekod, Jemyma ialah anak perempuan Fasha hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Perkongsian jujur dan menyentuh hati daripada Fasha ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada rata-rata pengikutnya di Threads.

Ramai golongan ibu yang turut meluahkan rasa setuju dan dapat menyelami perasaan bersalah yang dialami oleh Fasha apabila tidak berkesempatan menemani anak belajar.

No Image Caption

"Sama kalau result anak tak okay, memang salahkan diri sebab sibuk. Apapun tahniah Jemyma," tulis salah seorang netizen.

Malah, ada juga yang memuji cara didikan Fasha yang tidak meletakkan bebanan di bahu anak sepenuhnya.

"Suka gilaaa cara you! Langsung tak salahkan anak."

Rata-rata netizen turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jemyma dan mendoakan agar terus sukses pada masa hadapan dengan komen-komen positif seperti "tahniah fasha dan ank2.." serta "congrates its okay kejayaan dah nampak dari awal".

Syabas Jemyma, dan syabas juga buat Fasha Sandha kerana menjadi sistem sokongan terbaik buat anak-anak!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang