Nad Zainal umum 'tutup kilang'? Kongsi momen berpantang dengan baby bongsu. 'Berat hati nak lepaskan...'
PELAKON Nad Zainal mengesahkan bahawa kehadiran cahaya mata keempatnya merupakan pelengkap bagi ahli keluarganya dan secara berseloroh menyatakan dia kini sudah 'tutup kilang'.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi perkara itu menerusi sebuah video hantaran di media sosial selepas kira-kira dua minggu berpantang.
"Insya-ALLAH saya akan panggil urut tapi bukan dalam pantang dah lepas ni sebab saya dah 'tutup kilang'," katanya mesra dalam nada bergurau kepada perawat pantang.

Dalam pada itu, Nad meluahkan rasa terharu dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh perawat pantang sepanjang dua minggu menguruskan dirinya.
Artikel berkaitan:
Jelas pelakon drama Cina Buta itu, kehadiran perawat yang dikenali sebagai Kak Miny sangat membantu menenangkan suasana rumahnya yang lazimnya riuh dengan gelagat anak-anak lain.
"Saya sangat impressed dengan hasil kerjanya. Bukan setakat melayan baby tetapi melayan kerenah rumah saya yang memang betul-betul riuh dengan anak-anak.
"Saya pun risau kalau dia rasa penat atau stres, tapi Alhamdulillah dia menenangkan keadaan," kongsi Nad.

Nad turut memuji kepakaran perawat tersebut yang sangat memahami keperluannya sepanjang tempoh pemulihan tanpa perlu dia menerangkan bahagian yang sakit secara spesifik.
Nad atau penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin terdahulu melahirkan bayi lelaki pada 9.14 pagi 1 Julai lalu.
Sekadar info, Nad berkahwin dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari 2023.
Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Indera Puteh Al Maajid yang kini berusia dua tahun.
Nad memiliki sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5, daripada perkahwinan pertamanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
