'My very first 17km run!' - Bella catat rekod peribadi, ikut larian Syed Saddiq tanda sokongan dan solidariti

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah berkongsi momen berharga apabila berjaya mencatat larian sejauh 17 kilometer (km) ketika menyertai Larian Kesyukuran Muar sekali gus mencatat jarak peribadi dalam larian.

Pemilik nama Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah menerusi coretan di Insatgram berkongsi ucapan tahniah kepada tunangnya, Syed Saddiq kerana berjaya menamatkan misi 170km demi dana untuk Parlimen Muar.

"Hari ini menyaksikan saya mencatat pencapaian peribadi

larian 17km pertama!

No Image Caption

"Saya sertai larian ni sebagai tanda sokongan dan solidariti untuk Larian Kesyukuran YB Syed Saddiq. Walaupun saya agak lambat sikit, saya tetap gembira dapat sama-sama ambil bahagian.

"Tahniah kepada YB Syed Saddiq kerana berjaya mengumpulkan hasil sumbangan orang ramai lebih daripada sasaran melalui larian ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan membawa manfaat kepada lebih ramai yang memerlukan. Insya-ALLAH," titipnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu terdahulu tiba di Muar kira-kira 9.15 pag sekali gus menamatkan larian selama empat hari yang bermula di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Khamis lalu.

Sekadar info, pasangan berkenaan terdahulu melangsungkan pertunangan pada 28 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang