Di sebalik 'Gelanggang Rasa', Odda kongsi nasihat mahal Siti Nurhaliza -'Tiada istilah habis latihan...'

No Image Caption
A
A
A

INDUSTRI muzik tanah air bakal diserikan lagi dengan kehadiran permata baharu, Odda, yang mempertaruhkan single solo pertamanya berjudul ‘Gelanggang Rasa’.

Dilahirkan sebagai seorang anak seni yang serba boleh, bakat muda bawah naungan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy Sdn Bhd, Odda melangkah kemas dengan Gelanggang Rasa menampilkan irama pop kontemporari dengan suntikan elemen R&B yang sesuai dengan identiti muziknya.

Lagu ciptaan Micu Ellis dan Mingaling dan lirik oleh Micu Ellis bersama Aril Armani serta diterbitkan oleh Mingaling disifatkan Odda sebagai 'fun and hyper.'

Teruja dan syukur atas peluang yang diberikan, naskhah seni pertamanya menepati jiwa remajanya.

"Apabila pertama kali mendengar demo Gelanggang Rasa, saya tahu ini adalah jiwa saya. Lagu ini menceritakan tentang bagaimana kita semua berjuang dengan perasaan sendiri dalam menempuh fasa kehidupan.

"Sebagai pertaruhan single solo pertama, saya meletakkan sepenuh hati dan jiwa dalam proses rakaman. Saya berharap lagu ini dapat menjadi titik permulaan yang baik untuk saya menapak lebih jauh dalam industri muzik, sekaligus menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya." sambung Odda.

"Gelanggang Rasa menggambarkan kebebasan serta keyakinan untuk mencari diri dan melepaskan segala bebanan yang ada," kongsinya.

Ujarnya, pada peringkat permulaan dia sudah jatuh cinta dengan iramanya yang rancak.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Lagu ini jiwa saya menggambarkan diri yang hyper (lincah), saya tak suka serius sangat. Saya suka yang menyeronokkan, saya suka melawak.

"Jadi lagu ni memang menyeronokkan, ia lincah. Dia bukan 'awak nak tidur awak kena pasang lagu." Bukan. Ini bukan lagu tidur. Jadi inilah jiwa Odda. Inilah untuk kenalkan Odda," ujarnya.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Talk To My Manager musim pertama mengakui menerima nasihat daripada Siti Nurhaliza dalam pemilihan lagu single solo pertamanya.

"Walaupun beliau tiada semasa rakaman, TokTi memberi nasihat "Okey, awak patut buat macam ni, mungkin ini lebih baik."

"Tentulah Odda setuju dan cubalah buat. Beliau lebih tahu, malah beliau juga seorang legenda. Jadi bila beri nasihat, mestilah kena ambil, takkan nak tolak," tuturnya.

Malah, artis kedua di bawah naungan SN Legacy itu juga mengakui 'menyerap' ilmu-ilmu daripada penyanyi nombor satu Malaysia itu.

No Image Caption

"Antara nasihat TokTi ialah jaga pernafasan, jaga minuman. Jangan minum ais sangat, tapi saya langgar juga yang tu. Yang tu sahajalah yang lain saya patuh.

"Lakukan senaman kardio. Banyakkan berjoging dan tingkatkan stamina kerana lagu ini perlukan saya menari. Jadi kenalah ada stamina.

"Tiada istilah habis latihan kerana Odda baru lagi. Semuanya berproses dan tiada yang sempurna. Kena sabar," kongsinya.

Bakat pelapis

Sementara itu, SN Legacy menyedari potensi besar yang dimiliki oleh Odda. Selebriti serba boleh itu bukan sekadar seorang penyanyi, malah merupakan bakat muda versatil yang terlibat dalam dunia lakonan, pengacaraan dan juga sebagai model kempen serta komersial.

"Pakej lengkap serta karisma semula jadi yang ada pada Odda meletakkan dia sebagai salah seorang pelapis seni yang mempunyai masa depan yang cerah," katanya dalam kenyataan.

Gelanggang Rasa di semua platform penstriman digital bermula 22 Julai 2026 dan Universal Music Sdn.Bhd. merupakan pengedar untuk lagu ini.

Video muzik single berkenaan dilancarkan 22 Julai 2026, jam 9 malam di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

 

Demikian reaksi pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tatkala diminta berkongsi perasaan selepas cucu pertama.

Dalam satu temu bual bersama SinarPlus baru-baru ini, beliau yang mesra disapa Shiera berkongsi karenah anak sulungnya, Tallisya dalam berpantang.

Untuk perkongsian lebih lanjut lagi boleh tonton video ini.">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang