Dari gelanggang ke SUKMA 2026, ABARO Langkah Juara sokong impian atlet sepak takraw
SETIAP atlet bermula dengan satu langkah kecil. Di sebalik aksi libasan yang pantas, lonjakan tinggi dan permainan penuh strategi, tersimpan kisah latihan tanpa jemu, disiplin serta impian untuk mengukir nama dalam dunia sukan.
Bagi memastikan perjalanan atlet muda terus mendapat sokongan sewajarnya, jenama kasut tempatan ABARO mengambil inisiatif memperkukuh pembangunan sukan sepak takraw menerusi kempen ABARO Langkah Juara.
Menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, ABARO memperkenalkan ABARO Takraw, kasut yang direka khas mengikut keperluan pemain sepak takraw, selain menyumbangkan RM10,000 serta 56 pasang kasut kepada Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS).

Sumbangan itu bertujuan membantu persiapan skuad sepak takraw lelaki dan wanita Selangor yang bakal beraksi di SUKMA 2026, selain memberi penghargaan terhadap usaha keras para atlet yang berjuang membawa nama negeri.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh Kian Wee, kerjasama bersama PSS tercetus daripada keyakinan terhadap potensi besar sukan sepak takraw yang mampu terus berkembang jika diberi sokongan berterusan.
“Matlamat inilah yang menyatukan ABARO dan PSS. Di ABARO, kami percaya kejayaan sesebuah sukan bermula dengan pembangunan di peringkat akar umbi.
“Sebagai jenama tempatan, kami mahu memainkan peranan untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang menjadi nadi kepada perkembangan sukan ini melalui generasi baharu pemain sepak takraw.
“Kami berharap kasut ABARO Takraw dapat diakses dengan lebih meluas, sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk mengenali dan menceburi sukan ini. Setiap perjalanan seorang juara bermula dengan langkah pertama di gelanggang sekolah,” katanya.

SUNTIKAN SEMANGAT
Bagi Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Dato’ Haji Ahmad Zaffry bin Sulaiman, sokongan seperti itu memberi suntikan semangat kepada atlet yang sedang membuat persiapan menghadapi temasya berkenaan.
Katanya, kerjasama bersama ABARO bukan sekadar tajaan, tetapi satu bentuk pelaburan terhadap masa depan atlet dan perkembangan sukan sepak takraw negara.
“Majlis ini bukan sahaja meraikan pemain yang berjaya melangkah ke skuad SUKMA Selangor, tetapi turut menghargai hasil kerja keras, disiplin dan ketabahan mereka untuk berada di tahap ini.
“Sokongan daripada rakan strategik seperti ABARO memberikan suntikan semangat untuk mereka memberikan prestasi terbaik. Kami berharap komitmen seperti ini mampu menjadi inspirasi kepada lebih banyak jenama tempatan untuk bersama-sama menyokong generasi baharu pemain sepak takraw,” katanya.
Turut menyertai kempen ABARO Langkah Juara ialah pemain sepak takraw kebangsaan merangkap pemenang pingat emas Sukan SEA, Farhan Adam yang dilantik sebagai ABARO Takraw Pro.
Bagi Farhan, pemilihan kasut yang sesuai amat penting dalam sukan sepak takraw kerana setiap pergerakan memerlukan kepantasan, keseimbangan dan kawalan badan yang baik.

“Dalam sukan sepak takraw, kami sentiasa bergerak, melompat dan membuat libasan yang pantas. Sebab itu pemilihan kasut yang sesuai sangat penting.
“Bagi saya, ABARO Takraw memberikan cengkaman yang baik di gelanggang dan membuatkan kaki terasa stabil tanpa rasa terlalu ketat. Ruang di bahagian hadapan kasut juga luas, jadi saya boleh memakainya dengan selesa sepanjang latihan mahupun ketika perlawanan,” ujarnya.
RAJA LIBAS CHALLENGE
Direka khusus untuk pemain sepak takraw, ABARO Takraw menggabungkan elemen keselesaan, cengkaman dan fleksibiliti bagi membantu pemain bergerak lebih yakin ketika beraksi.
Kasut ini dilengkapi tapak luar getah anti-gelincir untuk cengkaman lebih baik, tapak dalam getah yang membantu menyerap hentakan serta tapak luar fleksibel yang menyokong pergerakan lebih lincah.
Selain itu, bahagian pelindung getah pada hujung kasut memberikan perlindungan tambahan ketika pemain melakukan libasan berulang kali. Rekaan gelung pada bahagian belakang pula memudahkan pemakaian, manakala pilihan warna hitam dan putih memberikan sentuhan klasik yang sesuai digayakan di gelanggang.

Bersempena SUKMA 2026, ABARO turut mengajak peminat sepak takraw seluruh negara menyertai #RajaLibasChallenge, pertandingan digital yang berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2026.
Diterajui Farhan Adam, cabaran itu membuka peluang kepada orang ramai mempamerkan aksi libas terbaik menerusi Instagram atau TikTok dengan menggunakan tanda pagar #RajaLibasChallenge serta menandakan akaun @abaroshoes.
Lima peserta dengan aksi libas paling mengagumkan berpeluang memenangi kasut ABARO Takraw istimewa dengan tandatangan inisial Farhan Adam, jersi ABARO bertandatangan serta baucar ABARO bernilai RM200.

Sementara itu, 10 pemenang saguhati turut berpeluang membawa pulang baucar ABARO bernilai RM100 serta jersi ABARO bertandatangan Farhan Adam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

