Comelnya Puteri Amina Lela! Sheila Majid kongsi momen indah majlis cukur jambul cucu sulung -'Syukur alhamdulillah'

No Image Caption
A
A
A

KEHADIRAN insan baharu dalam sesebuah keluarga pastinya membawa sinar kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Hal yang sama turut dirasai oleh ratu jazz negara, Datuk Seri Sheila Majid, yang meluahkan rasa syukur apabila dapat meraikan majlis aqiqah dan cukur jambul cucu tersayang baru-baru ini.

Majlis yang diadakan secara sederhana di kediamannya itu diserikan dengan kehadiran ahli keluarga serta sahabat terdekat.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Sinaran itu kelihatan begitu anggun mengenakan persalinan berwarna merah jambu sambil tersenyum ceria memangku cucu sulungnya.

Kehangatan suasana majlis itu makin terserlah apabila suami tercinta, Datuk Acis, yang tampil segak berjubah putih, menyempurnakan upacara cukur jambul buat si kecil yang kini menjadi kesayangan seisi keluarga.

No Image Caption

CUCU PERTAMA

Sheila turut berkongsi rasa gembiranya menerusi ruangan kapsyen yang menyentuh hati.

"Majlis aqiqah dan cukur jambul cucu pertama kami Puteri Amina Lela Binti Megat Abdul Majid telah berjalan dengan lancar dan meriah di kediaman kami, disaksikan dan dikelilingi oleh seisi keluarga. Syukur alhamdulillah," tulisnya.

Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian ramai pengikutnya yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah serta doa buat kebahagiaan keluarga berkenaan.

No Image Caption

Untuk rekod, anak lelaki kesayangan Sheila, Megat Abdul Majid, selamat bergelar bapa sekitar Julai lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2025.

Kehadiran Puteri Amina Lela semestinya menambah seri dan melengkapkan lagi fasa baharu kehidupan Sheila Majid sebagai seorang nenek.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang