Suami Amyza Aznan alami serangan jantung, paru-paru dipenuhi air. Keluarga mohon doa
SUAMI pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir dilaporkan mengalami serangan jantung, tekanan darah terlalu tinggi dan paru-paru dipenuhi air.
Keadaan tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian pengurus Amyza, Farid Khaled.
"Keadaan Khairil Izhar suami kepada Amyza masih di bawah pemantauan doktor di wad kecemasan.

"Punca intubasi adalah keadaan paru-paru dipenuhi air selain tekanan darah terlalu tinggi dan serangan jantung.
"Buat masa ini sahaja yang boleh kami kongsikan bagi pihak keluarga.
"Harap semua mendoakan kesembuhannya," kongsi Farid.
Media terdahulu melaporkan Khairil Izhar berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan.
Khairil Izhar sebelum ini pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Mac 2024, bapa kepada tiga cahaya mata itu juga dilaporkan mengalami masalah buah pinggang kronik tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Sekadar info, Amyza dan Khairil Izhar berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam dan Ayden Andika.
Anak sulung mereka, Andre yang menghidap kanser paru-paru telah kembali ke rahmatullah pada 23 Februari lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
