Ibu Elfira Loy meninggal dunia
PELAKON Elfira Loy berkongsi berita duka pemergian ibunya, Filzah Yusoff, 61, hari ini.
Khabar pilu itu dikongsikan Elfira menerusi hantaran Insta Story.
"Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Hajah Filzah Yusoff telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.
"Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin Alam Damai . Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian," kongsinya.

Dalam hantaran lain, Elfira berkongsi jenazah dijangka akan disolatkan selepas solat fardu Zohor.
"Kepada yang berkelapangan dan berhasrat untuk menunaikan solat jenazah, dipersilakan hadir ke masjid.
"Bagi yang tidak berkesempatan, mohon titipkan doa agar segala urusan jenazah dipermudahkan, serta semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima amal ibadah dan meletakkannya dalam kalangan hamba-NYA yang solehah," titip Elfira.
Imbas kembali 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadualkan akan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
