'Dia sudah bersedia tinggalkan kita semua' - Mukhriz Mahathir kongsi detik akhir Tun Dr Hasmah, dedah Tun M sangat sedih

No Image Caption
A
A
A

DETIK-detik akhir Tun Dr Hasmah Mohd Ali bersama keluarga semalam menjadi kenangan yang cukup bermakna buat anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum negarawan itu menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Seolah-olah tahu masanya sudah tiba, Tun Dr Hasmah menyatakan sudah bersedia untuk pergi buat selama-lamanya.

Jelas Mukhriz, ibunya terdahulu dimasukkan ke Insitut Jantung Negara (IJN) Sabtu lalu susulan punca lain.

"Saya sebenarnya bersama dengan beliau malam semalam. Waktu itu dia sudah pun berada di IJN atas sakit yang lain sebenarnya. Tetapi moodnya sangat ceria.

No Image Caption

"Walaupun begitu, dia ada beritahu saya yang dia dah bersedia untuk meninggalkan kita semua. Jadi nampaknya dia dah bertawakal. Dan pagi tadi, tanpa dijangka, saya dimaklumkan daripada pihak hospital bahawa dia mengalami sakit jantung.

"Lebih kurang pada pukul 8 pagi dan saya terus bergegas ke IJN. Dan pihak pakar di IJN pada waktu itu tengah melakukan CPR di atas Allahyarham.

"Kemudian dipindah ke Unit Penjagaan Koronari (CCU). Pada pukul 9 pagi kami dimaklumkan bahawa resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang telah dijalankan itu hanya akan dibuat selama 15 minit lagi.

"Dan kalau jantung tak terus berfungsi maka tindakan CPR itu akan dihentikan.

Artikel Berkaitan:

"Kami waktu itu sudah faham maksud doktor," kongsinya.

Berkongsi berkenaan bapanya, Tun Mahathir Mohamed, Mukhriz berkata mantan Perdana Menteri itu berada di IJN untuk menemani Tun Dr Hasmah.

No Image Caption

"Dia tak sakit. Dia cuma menemani Allahyarham sewaktu berada di hospital. Sekarang dia balik," kongsinya.

Dalam pada itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu turut menjawab pertanyaan wartawan berkaitan keadaan Tun M apabila mengetahui isteri tercinta pergi selamanya.

"Maklumlah mereka sudah jadi pasangan selama 75 tahun.

"Jadi dia sangat sedih. Terima kasih," ujarnya dalam sebak.

Jenazahnya Allahyarham dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya bersebelahan pusara Tun Endon.

Sumber: Threads

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang