‘Tak dapat menahan air mata...’ Siti Nurhaliza kucup jenazah Tun Dr Hasmah, kenang sifat keibuan tinggi Allahyarham

No Image Caption
A
A
A

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan tangisan saat menziarahi jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti dilihat menangis ketika mengucup jenazah semasa memberi penghormatan terakhir.

"Saya menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, memandangkan jasa dan sumbangan Tun Dr Hasmah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya.  

"Saya  turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga agar diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini.

No Image Caption

"Allahyarhamah adalah  seorang tokoh wanita yang sangat penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi," kongsinya.

Warga maya menitipkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Tun Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) dibawa pulang ke kediaman keluarga di Mines Resort City sebelum dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan untuk dimandi serta dikafankan.

Jenazahnya akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di  Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya bersebelahan Tun Endon.

Artikel Berkaitan:

https://youtube.com/shorts/uJNnu4VEU5E?si=Z6VL3IW5AtKKJ1tC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang