Dari kelazatan gulai patin tempoyak hingga teater muzikal, TOP 2026 teroka keunikan seni warisan 11 daerah Pahang di Dataran Bentong

No Image Caption
A
A
A

PAHANG sememangnya kaya dengan keunikan tersendiri. Namun, bayangkan jika keindahan seni, selera warisan dan kebudayaan dari 11 buah daerah dihimpunkan serentak di satu lokasi, bukankah ia satu pengalaman yang amat memukau?

Itulah keistimewaan Temasya Orang Pahang 2026 (TOP) yang berlangsung meriah pada 9 hingga 11 Oktober 2026 di Dataran Bentong, Pahang.

Dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, TOP merupakan salah satu daripada 15 Program Pelancongan Budaya bagi memperkenalkan keunikan seni, budaya dan produk tempatan.

No Image Caption

Pendekatan ini memberi ruang kepada pengunjung mengenali sesebuah tempat menerusi masyarakat, adat, makanan, kraftangan, permainan tradisi dan warisan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Sri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff mewakili Menteri MOTAC, Datuk Sri Tiong King Sing; serta Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris.

Acara diserikan dengan pementasan teaterikal muzikal 'Menyelusuri Warisan Pahang' yang menghimpunkan 174 penggiat seni bagi mengimbau sejarah kegemilangan Pahang dari era tamadun awal Inderapura hingga kini.

No Image Caption

Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung Perkampungan Budaya berpeluang meneroka keunikan identiti Bentong, Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Raub, Rompin dan Temerloh.

Pengunjung disajikan persembahan Gamelan, Gendang Pahang, Silat, Permainan Tradisional dan Tenun Pahang Diraja, selain tarian warisan seperti Tarian Labi-Labi, Tarian Piring Pahang serta Tarian Orang Asli Jahut.

Peminat kulinari tempatan pula dijamu hidangan ikonik seperti asam rong, gulai patin tempoyak dan sambal hitam.

No Image Caption

Pengisian bertambah hangat dengan Food Fighter Fest, Serambi Kopi, pencarian bakat ‘Mencari Sudirman’, Fun Run serta Senam Seni 2.0 bersempena Hari Sukan Negara.

Bagi mengetengahkan bakat masyarakat, pelbagai pertandingan turut diadakan seperti Memasak Asam Rong, Mencari Puspawangi Pahang, Peragaan Busana Tradisional Pahang, Qasidah, Rentak Tari Pahang dan Mewarna Tercantik.

No Image Caption

Reruai agensi kerajaan turut menyediakan saringan kesihatan dan pergigian, semakan serta pembayaran saman, demonstrasi kebakaran, Jualan Rahmah dan Agro MADANI. Maklumat lanjut boleh dilayari menerusi Facebook www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web rasmi JKKN.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang