'Mama sayang kamu dunia akhirat' – Anne Ngasri titip ucapan birthday anak ketiga, warganet puji nampak macam kakak dan adik
WAJAH pelakon Datin Anne Ngasri sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak seawal usia tiga tahun, wajah baby face beliau terus menjadi perhatian menerusi pelbagai filem dan drama.
Seiring peredaran masa, pelakon drama Dunia Baru dan Cili Padi itu kini menikmati kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Lima cahaya mata menjadi pelengkap kehidupan Anne dan suaminya, Datuk Sumali Reduan.
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Anne atau Naszriah Ngasri, 41, menitipkan ucapan hari lahir buat anak ketiganya, Nazharah Afrozah yang genap berusia 16 tahun.
"Allah humma barik, selamat ulang tahun kelahiran Nazharah Afroza.

"Terima kasih, Ya ALLAH kerana masih meminjamkan dia kepada kami hingga ke hari ini. Semoga pinjaman ini terus berada dalam jagaan-MU dan semoga mama diberi kesempatan untuk melihat dia membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan bahagia di akhirat.
"Mama sayang kamu, dunia dan akhirat," kongsinya.
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya memuji penampilan Anne yang kelihatan awet muda sehingga disangka seperti kakak dan adik dengan anaknya.
"Macam kakak adik hehe, sanah helwah buat anak Datin."
"Aik siapa yang anak siapa yang mama ni? Happy birthday."

"Selamat ulang tahun kelahiran anakanda Nazharah semoga sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT. Anne macam adik beradik dah love."
Untuk rekod, Anne yang kini aktif dalam bidang perniagaan dan politik mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Sufi Harraz, 13, dan Nefa Naura, 10.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Anne turut dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Abdul Warits, 20, Abdul Wafri, 18, dan Nazharah Afrozah, 16.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
