'Saya mahu Ayden pergi sekolah dengan hati tenang.' Bella Astillah terharu dengan ucapan anak sulung, ucap terima kasih buat Syed Saddiq

No Image Caption
A
A
A

KEBAHAGIAAN anak-anak menjadi keutamaan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang mahu memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang memberikan ketenangan dan rasa selamat.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, mengakui terkejut melihat anak sulungnya, Ayden, bercakap dengan penuh keyakinan dalam satu momen yang tidak disangka-sangka.

Menurut Bella, Ayden sering berbual dengannya dalam tempoh yang agak lama, malah dia turut merakam perbualan tersebut untuk disimpan sebagai kenangan.

“Saya tahu Ayden selalu bercakap, tapi tadi itu (ucapan) saya memang tak expect. Sebenarnya Ayden selalu bercakap dengan saya dan saya selalu juga rakam, ada dalam telefon saya. Dia selalu bercakap sampai 14 minit.

“Saya tengok bila dia tak menangis tu saya rasa Ayden sangat gembira,” katanya.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, kebanyakan rakaman perbualan Ayden bersamanya sebelum ini memperlihatkan si kecil itu menangis.

No Image Caption

Justeru, apabila melihat Ayden berbicara dengan penuh keyakinan memberikan perasaan berbeza buat Bella sebagai ibu.

“Sejujurnya, kalau anda semua tengok segala rakaman Ayden berbual dengan saya dalam telefon saya, dia menangis.

Artikel Berkaitan:

“Jadi bila tadi dia bercakap dengan penuh yakin, dia tengok mummy and daddy, bila dapat rasakan sebagai seorang ibu, kebahagiaan anak-anak adalah yang paling utama sebab saya nak Ayden pergi sekolah dengan hati yang tenang.

"Sebab kadang-kadang emosi kanak-kanak ini sangat fragile. Terima kasih (Syed Saddiq) sudi terima saya dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq pula meluahkan rasa kagum terhadap anak tirinya itu yang disifatkan berjaya mencuri perhatian pada malam berkenaan.

No Image Caption

Ahli Parlimen Muar itu secara berseloroh mengakui tiada ucapan yang mampu menandingi keberanian Ayden, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak berusia sembilan tahun itu tampil berbicara di hadapan kira-kira 3,000 tetamu.

“Dia terbalik, saya yang mengagumi dia, ibunya, adiknya Ara.

“Dan saya rasa for the night, Ayden stole the show. Tak ada ucapan yang saya boleh berikan yang boleh lebih baik daripada ucapan Ayden.

“Nine years old, nine years old, saya buat apa? Nak ucap macam itu depan 3,000 orang? Memang taklah,” katanya.

Syed Saddiq turut menyifatkan keberanian Ayden itu sebagai sesuatu yang membanggakan, selain mencerminkan didikan baik yang diberikan Bella kepada anaknya.

Penghargaan Syed Saddiq itu bukan sahaja memperlihatkan kekagumannya terhadap keberanian Ayden, malah turut mengiktiraf peranan Bella dalam membimbing dan membesarkan anak-anaknya.

“Kehebatan Ayden itu turut mencerminkan kehebatan ibunya yang mendidik anaknya,” ujar beliau.

Sekadar info, pasangan yang dikenali dengan akronim BASS itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis diadakan di Menara Merdeka Maybank pada 10 Oktober lalu.

Mereka kemudian diraikan dalam majlis resepsi pada 18 Oktober lalu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Sumber: Instagram F8Buzz

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang