'Hati yang pernah terluka masih mampu kembali percaya' – Ibu Dr Fie syukur anak temui kebahagiaan baharu

No Image Caption
A
A
A

PERNAH nekad tidak mahu mendirikan rumah tangga lagi, namun siapa sangka hati yang pernah terluka itu akhirnya kembali terbuka untuk menerima cinta baharu.

Itulah perjalanan dilalui pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie, yang kini memulakan kehidupan baharu bersama lelaki pilihannya, Kapten Amrul Nizar Anuar.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, ibunya Dr Zailah Zainudin meluahkan rasa syukur melihat perubahan hati anaknya yang sebelum ini pernah menyatakan tidak mahu berkahwin lagi selepas melalui episod rumah tangga terdahulu.

Malah, jelas wanita itu mengakui banyak belajar daripada perjalanan hidup anaknya.

No Image Caption

“Ibu belajar sesuatu apa yang berlaku kepada Along. Bahawa hati yang pernah terluka masih mampu untuk kembali percaya.

“Selepas hujan yang lebat, ALLAH mampu menghadirkan pelangi yang indah dan apabila ALLAH mahu menghadirkan kebahagiaan, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

“Kita merancang, ALLAH sebaik-baik perancang. Siapa sangka anak ibu pernah berkata tidak mahu berkahwin lagi, akhirnya datang membawa berita dia sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu dalam hidup,” katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Lebih mencuit hati, Dr Zailah mendedahkan pada awalnya dia menyangka hasrat Dr Fie untuk kembali mendirikan rumah tangga sekadar gurauan.

Namun, sangkaan itu meleset apabila anaknya benar-benar serius dengan keputusan untuk menerima kehadiran lelaki baharu dalam hidup.

“Mula-mula ibu ingat bergurau, rupanya betul-betul serius. Janji tak nak kahwin, akhirnya tewas. Tewas dengan seorang kapten. Masya-ALLAH,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Fie selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Kapten Amrul Nizar Anuar dalam majlis yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi pada Ahad.

Pasangan berkenaan disatukan dengan sekali lafaz, manakala Dr Fie menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.

Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Nubhan Ahamad pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada Disember 2025.

Hasil perkahwinan pertama, Dr Fie dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Instagram thekhulafastudio

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang