Spritzer ION bawa semangat ON-JE!, galak rakyat Malaysia berani mencuba perkara baharu
SPRITZER baru-baru ini memperkenalkan Spritzer ION, air isotonik baharu yang menggabungkan air Spritzer dengan elektrolit untuk membantu menyegarkan diri dan mengekalkan hidrasi ketika bekerja, bersenam atau melakukan aktiviti kegemaran.
Pelancaran produk ini turut mengetengahkan pegangan ON-JE!, satu ajakan kepada rakyat Malaysia supaya tidak terlalu dibelenggu keraguan, sebaliknya berani meneroka pengalaman dan kemungkinan baharu dalam kehidupan.
Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan berkata, generasi hari ini mempunyai akses luas kepada peluang, idea dan pengalaman, namun tekanan untuk melakukan segala-galanya dengan sempurna sering membuatkan mereka menunggu sehingga benar-benar bersedia sebelum bertindak.
“Melalui Spritzer ION, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk berkata ON-JE! kepada minat, pengalaman dan kemungkinan yang menjadikan hidup lebih bermakna,” katanya.

Berani melangkah, buka peluang baharu
Semangat ON-JE! diterjemahkan menerusi simbol infiniti pada label Spritzer ION. Reka bentuk itu menggambarkan peralihan daripada rutin biasa kepada pelbagai kemungkinan yang boleh diterokai apabila seseorang berani mengambil langkah pertama.
Identiti visual Blueple, gabungan warna biru dan ungu, turut menyerlahkan penampilan produk berkenaan. Bagi memperkenalkan mesej tersebut kepada khalayak, Spritzer bekerjasama dengan pelakon Aedy Ashraf dan penyanyi rap TUJU sebagai duta jenama yang berkongsi pengalaman mengatasi keraguan serta merebut peluang dalam perjalanan masing-masing.

Orang ramai juga berpeluang menyelami kempen ini menerusi Jelajah Spritzer ION ON-JE! di Starhill Piazza pada 9 hingga 11 Oktober 2026. Pengunjung boleh meneroka ruang bertemakan dunia bawah air, berkongsi impian atau cabaran yang ingin disahut serta menerima cetakan kenang-kenangan yang diperibadikan berdasarkan perkongsian mereka.
Selain pengalaman interaktif, pengunjung turut berpeluang mencuba kedua-dua perisa produk berkenaan.

Spritzer ION ditawarkan dalam perisa Original dan Lime, dengan pilihan saiz 500 mililiter (ml) dan 1.5 liter. Produk ini mengandungi elektrolit dan dipasarkan dengan kandungan gula lebih rendah, selain direka untuk dinikmati ketika menjalani pelbagai aktiviti harian.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

