'Dapat rasa nikmat ada anak, jadi ummi' – Ogy Ahmad Daud syukur besarkan anak angkat, Nuraminah Aishah kini genap 19 tahun

No Image Caption
A
A
A

SENIWATIFauziah Ahmad Daud berkongsi momen istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak angkat kesayangannya, Nuraminah Aishah yang kini genap berusia 19 tahun.

Menerusi ucapan hari lahir yang dikongsikan, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy itu menzahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan menjaga dan membesarkan Nuraminah, sekali gus merasai sendiri nikmat bergelar seorang ibu.

Biarpun tidak dikurniakan cahaya mata kandung, primadona berusia 64 tahun itu tetap merasai rezeki menjadi seorang ibu dengan kehadiran Nuraminah yang dijaga sejak 2008.

Malah, perkongsian Ogy memperlihatkan betapa besar kasih sayangnya terhadap anak gadis itu yang disifatkan sebagai seorang anak yang tidak banyak kerenah dan sentiasa mendengar kata.

"19 tahun anak dara saya hari ni. Doakan yang baik-baik buat anak yang tidak pernah meminta-minta dan dengar kata. Alhamdulillah.

No Image Caption

"Terima kasih ALLAH mengizinkan saya menjaga dan mendidik Nuraminah Aishah.

"Dapat merasa nikmat ada anak dan menjadi seorang ummi. Ummi sayang Aminah sangat tau," kongsinya.

Lebih menyentuh hati, Nuraminah turut meluahkan penghargaan buat ibu angkat tersayang menerusi ucapan ringkas ketika menikmati kek sempena hari istimewanya itu.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih Ummi," kongsinya.

Ucapan penuh kasih sayang itu turut mengundang reaksi positif warganet yang mendoakan kesejahteraan Nuraminah selain memuji keikhlasan Ogy membesarkan anak angkatnya.

Untuk rekod, Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Datuk Eman Manan pada 23 Disember 1990 sebelum  berpisah pada 2 Julai 2003.

 

Kak Ogy akhirnya buka rahsia tentang hidup, tentang seni dan kenapa "beri semasa hidup lebih indah dari bergaduh selepas mati.

Lakonan bukan sekadar seni, tapi terapi jiwa. Dan hibah?

Bila ada kasih yang diwariskan dengan redha, tak perlu wasiat jadi punca.

Nak tahu pandangan Kak Ogy tentang anak angkat, pembahagian adil dan waris terlepas pandang?

Yang ni bukan drama ini realiti yang ramai belum bersedia.

28 Mei 2025 (RABU)

8:30 malam

Facebook & YouTube: @SinarPlus

#borakbibirmerah #BBMEpisod9 #OgyAhmadDaud #SedaniaAsSalamCapital #KenapaHibah #WariskanKasihBukanBeban #WajahRahsiaHati #BorakDeepSampaiMenusuk #SinarPlus #BukanSekadarCerita

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang