Eizlan Yusof genggam Sarjana Sains Pengurusan pada usia 55 tahun, isteri luah rasa bangga -'Hard work finally paid off'
PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof membuktikan usia bukan penghalang untuk terus menimba ilmu apabila berjaya menamatkan pengajian Sarjana Sains Pengurusan dan menerima skrol sarjana pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-39.
Kejayaan tersebut turut mengundang rasa bangga isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang tidak ketinggalan berkongsi ucapan istimewa buat suami tercinta.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Natasha memuat naik video bersama Eizlan dan meluahkan rasa gembira melihat segala usaha dan kesabaran Eizlan membuahkan hasil.
“Tahniah sayangku @eizlanyusofSegala usaha keras dan kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Sangat bangga dengan awak #EizlaNatasha,” tulisnya.
Terdahulu, Eizlan atau nama penuhnya Idris Mat Yusof mengikuti pengajian secara mod penyelidikan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) UUM.

Untuk rekod, pelakon berusia 55 tahun itu turut memiliki Higher Diploma dalam Pengurusan Perniagaan dari Kolej Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur serta Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Federal Institute of Technology, Kuala Lumpur.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet yang turut tumpang gembira dengan pencapaian Eizlan.
Rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat pelakon itu untuk terus melangkah lebih jauh.
Sekadar info, Eizlan dan Sasha mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun serta Zareen Rosa, sembilan bulan.
Sebelum itu, Eizlan memiliki tiga orang anak iaitu Vie Zaara , Zareef Yusof dan Vie Zaalia daripada perkahwinan pertamanya dengan Vie Shantie Haroon Khan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
