1,000 pendaki lalui pengalaman ngeri 'tersangkut' kesesakan di ketinggian 1,127 meter

Copy of Copy of gambar portal_20240510_054329_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240510_054329_0000
A
A
A

 

MOMEN menakutkan yang dialami sekurang-kurangnya 1,000 pendaki apabila terkandas di tebing berketinggian 1,127 meter selama lebih dari satu jam.

Melalui foto yang tular baru-baru ini, ada memaparkan pendaki-pendaki tergantung di tebing Gunung Yandang di China sambil memegang erat tali masing-masing.

Syarikat yang mengendalikan aktiviti itu, Wenzhou Dingcheng Sports Development Co Ltd, mengakui mereka tersilap membuat anggaran jumlah pendaki hingga menyebabkan kecuaian terbabit berlaku.

"Akibat kesalahan penilaian kami terhadap jumlah pengunjung, tidak efektif menjaga lalu lintas termasuk dari reservasi tiket dan kekurangan dalam anggota di lokasi memberi kesan kepada semua," katanya.

Sebagai tindakan responsif, syarikat tersebut telah menghentikan sementara penjualan tiket sekali gus menangani segera situasi berkenaan supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Mereka juga menawarkan pendaki yang panik untuk menerima bantuan profesional, tetapi ramai menolak kerana melibatkan kos bayaran tambahan dan memutuskan untuk kekal.

“Ini sangat berbahaya. Sekiranya laluan menggunakan papan pasti tidak dapat menanggung beban kerana bilangan orang yang ramai!” kata seorang netizen.

"Saya tidak akan sertai meskipun ditawarkan wang tunai untuk melakukannya,” tulis seorang pengguna lain.

Gunung Yandang, tempat pelancongan popular di China, pernah dicalonkan pada tahun 2001 sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dalam rekod, Gunung Yandang terletak sekitar 410 kilometer di selatan Shanghai di wilayah Zhejiang dan memiliki ketinggian 1,150 meter.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang