KECURANGAN dalam satu perhubungan adalah pengkhianatan yang sukar untuk dimaafkan.

Hati pasangan mana yang tidak hancur berkecai apabila dicurangi.

Namun seorang lelaki di India mempunyai hati yang terlalu ‘tulus’ hingga sanggup menerima kembali isteri yang curang sebanyak 25 kali!

Wanita berusia 40 tahun didakwa telah lari 25 kali bersama lelaki lain namun dia masih menerimanya semula.

Menurut portal DNA India, pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu.

Baca juga Rakan Baik Jadi Madu, Lelaki 17 Tahun Miliki Dua Isteri Serentak

“Dalam tempoh 10 tahun, isteri saya melarikan diri sebanyak 25 kali dengan lelaki berbeza selepas kami berkahwin pada 2011.

“Setiap kali dia pulang kepada keluarga, dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi tapi setakat ini, dia gagal menjalankan komitmennya,” katanya.

Adakala wanita tersebut didakwa mengaku menziarahi saudara mara yang tidak sihat.

Alasan besar lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu untuk menerima kembali isterinya ialah penjagaan permata hatinya.

“Kami ada tiga anak. Memikirkan penjagaan anak-anak, kami terima dia (isteri) kembali,” kata lelaki berkenaan.

Kali terakhir isterinya lari ialah pada 4 September lalu.

Difahamkan wanita itu tergamak meninggalkan bayi mereka yang baru berusia tiga bulan kepada jiran dengan alasan untuk mengambil makanan kambing.

Iklan

Menurut portal tersebut, lelaki itu mendakwa isterinya telah mengambil Rs 22,000 (kira-kira RM1,238) dan beberapa barangan lain daripada rumah sebelum pergi.

Malah lelaki itu juga tidak mengetahui dengan siapa isterinya pergi membawa diri.

“Saya akan terima dia kerana saya betul-betul menyayanginya. Dan kami juga ada tiga anak kecil.

Iklan

“Siapa nak jaga mereka jika saya tidak terima isteri saya? Saya tak laporkan kepada pihak polis untuk elakkan masalah lain,” katanya.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan yang berusia tiga bulan, tiga tahun dan enam tahun.

Wanita itu dikatakan membawa diri selama beberapa minggu atau bulan sebelum pulang semula kepada keluarga mentuanya.

Sumber: DNA India