RAMBUT adalah mahkota wanita. Ia menyempurnakan lagi bentuk wajah seseorang.

Justeru, tidak hairanlah ramai yang sanggup simpan rambut panjang mengurai, tetapi ramai akui, tidak mudah untuk menjaganya.

Syampu mungkin kena beli berbotol-botol. Itu tidak kira serum dan perapi lagi.

Namun, ia bukan satu hal yang rumit bagi seorang wanita daripada Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

rambut panjang
SUMBER Jean-Daniel Francoeur daripada PEXELS.

Tami Manis dilaporkan memiliki rambut lebih panjang daripada ketinggiannya.

Hasil kesungguhan beliau itu, Manis berjaya mencatatkan Guinness World Record untuk pencapaiannya sebagai wanita berambut paling panjang di dunia.

Baca juga: 8 fakta wanita maut akibat bawaan kutu dikenali virus Oz, kematian pertama di dunia

 

Sky News melaporkan, empunya diri tidak pernah memotong rambutnya sejak tahun 1990.

Setelah 33 tahun, ia kini berukuran 172.72 sentimeter.

Baca juga: Titan meletup berhampiran kapal Titanic, 5 pengembara sejati disahkan meninggal dunia. 4 info berkaitan

GAYA RAMBUT RAT TAIL

Wanita berusia 58 tahun tersebut mendapat inspirasi untuk untuk berpenampilan sedemikian sekitar 1980 selepas menonton video lagu Voice Carry nyanyian band AS, Til Tuesday.

“Penyanyi tersebut memiliki gaya rambut rat tail dan saya sangat mahukannya,” katanya.

Cerita wanita itu, seorang tukang gunting rambut pernah memujuknya untuk menggunting rambut pada 1989.

Beliau akur, tetapi menyesali keputusan tersebut.

Manis kemudiannya mula menyimpan semula mahkota wanita itu bermula 9 Februari 1990 sehingga sekarang.

“Saya bersyukur rambut saya tumbuh semula dan berjaya mencatatkan rekod dunia.

Iklan

“Saya sangat gembira dengan kejayaan tersebut,” ujarnya yang sentiasa mengikat rambut dan menggunakan perapi supaya ia sentiasa kemas dan mudah diurus.

Terdahulu, Manis pernah bertanding dalam kategori Femullet untuk Kejohanan Mullet AS pada tahun 2022 dan menduduki tempat kedua.

Baca juga: Republik Czech negara yang punya ramai lelaki berkepala botak paling ramai di dunia! Ini ceritanya

Baca juga: Terbesar di dunia! Kapal Icon of the Seas dilengkapi taman tema, boleh muatkan 7,600 penumpang

Pertandingan tersebut telah menarik lebih daripada 1,000 permohonan setiap tahun.

Iklan

Adakah Manis nampak serabai? Jawapannya, pasti tidak. Walaupun berambut sepanjang Rapunzel, beliau sentiasa nampak kemas.

Bagi pencipta rekod dunia, rambut yang tidak terurus akan membuatkan seseorang dianggap pemalas.

Sumber: Sky News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang