WOW! Bandar raya metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) berpopulasi seramai 23 juta orang antara yang berjaya memerangi pandemik Covid-19.

AS salah satu negara paling awal diserang penularan Covid-19, menjadi parah hingga mengakibatkan 600,000 jumlah kematian.

Bagaimanapun, perjuangan New York dan California, AS memerangi Covid-19 nampaknya berakhir dengan kemenangan.

 

Masakan tidak, dua negeri itu pada Selasa lalu telah menarik balik semua sekatan atau prosedur operasi standard (SOP) dalam sektor ekonomi, perniagaan dan perjumpaan sosial kerana sudah mencapai tahap vaksinasi yang disasarkan.

Menurut laporan New York Post, 70 peratus orang dewasa di New York telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut Gabenor New York, Andrew M. Cuomo, restoran dan pawagam tidak memerlukan penjarakan fizikal termasulah tiada lagi pemeriksaan suhu sebelum memasuki bangunan komersial.

Baca juga Perancis Umum Perintah Berkurung Ditamatkan Esok, Rakyat Bebas Keluar Rumah Tanpa Pelitup Muka

“Ini adalah hari yang sangat bermakna dan kita berhak meraikannya selepas berjuang sekian lama,” kata Cuomo.

Di California pula, kira-kira 72 peratus orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ini disebabkan Cuomo sebelum ini mengumumkan kadar sebanyak 70 peratus adalah matlamat utama sebelum menarik balik larangan beberapa SOP di New York.

Hal itu secara tidak langsung mendorong rakyat di negara berkenaan segera mendapatkan vaksin Covid-19.

Baca juga Hebatnya! 11,000 Pelajar Di Wuhan, Bandar Asal Covid-19 Graduasi Tanpa Pelitup Muka, Penjarakan Fizikal

 

Iklan

Selain New York dan California, Washington D serta 13 negeri lain juga sudah mencapai angka vaksinasi yang hampir sama.

Menurut data persekutuan terkini negara itu, Vermont mendahului senarai pada 84 peratus diikuti Maryland yang turut membatalkan larangan berkaitan Covid-19 pada 1 Julai ini.

New York dan California masih mengenakan peraturan sebagaimana yang diarahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang mana individu belum mendapatkan vaksin perlu memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal.

Sementara itu, Gabenor California, Gavin Newsom pula menjelaskan, pengumuman tersebut umpama ‘hari pembukaan semula’ ekoran pembatalan SOP pada sektor ekonomi khususnya.

 

Iklan

 

Keberkesanan vaksin menurunkan kadar jangkitan serius akibat wabak jahat itu. Direkodkan, seramai 53,000 penduduk California dan 63,000 masyarakat New York maut akibat Covid-19.

Justeru, bagi korang yang belum mendaftarkan diri dalam Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, segera melunaskan tanggungjawab bersama untuk mendapatkan vaksin demi kesejahteraan bersama.

Diharapkan proses pemberian vaksin oleh kerajaan juga dipercepatkan bagi mengekang peningkatan kes jangkitan harian dan kematian dek Covid-19.