BANDARAYA Wuhan, Hubei, China adalah bandar raya di mana kes Covid-19 pertama dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019.

Akibat penularan yang mendadak, Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

Sehingga hari ini, wabak pembunuh itu telah mengorbankan 3.58 juta orang di seluruh dunia.

 

 

13 Jun 2021 lalu lebih daripada 11,000 pelajar universiti menghadiri majlis graduasi besar-besaran di Central China Normal University di Wuhan. Lebih menarik lagi, semua yang hadir tidak memakai peliup muka atau melakukan penjarakan fizikal.

Difahamkan dari jumlah itu, kira-kira lebih 2,000 daripadanya ialah penuntut yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan pada tahun lalu.

Wuhan ialah ibu kota provinsi Hubei China Tengah itu adalah pusat wabak Covid-19 global kira-kira lebih setahun yang lalu.

Baca juga Jika Dulu Dikenali Tempat Asal Covid-19, Wuhan Kini Dibanjiri 18 Juta Pelancong

 

 

Iklan

Hanya dengan perintah berkurung 76 hari pada April 2020, penularan Covid-19 di bandar raya dengan populasi 11 juta penduduk itu berjaya kawal.

Perintah berkurung mula dilonggarkan secara berperingkat. Bagaimanapun, sekolah tidak segera dibuka tetapi ditutup untuk tempoh masa yang lama.

Sehingga Selasa lalu hanya 21 kes Covid-19 dilaporkan di China di mana 18 daripadanya kes import manakala dua lagi adalah kes tempatan.

Penganjuran majlis graduasi besar-besaran itu benar-benar membuka mata dunia. Sedang negara-negara Asia yang lain termasuk Malaysia dan Jepun sedang bergelut dengan perintah berkurung, republik itu kini hampir kembali menjalani kehidupan normal seperti dahulu.

Ia adalah hasil langkah tegas kerajaan China dalam menangani isu ini. April lalu, perebakan Covid-19 dalam skala kecil berlaku di barat daya Yunnan menyaksikan kerajaan negara itu bertindak melakukan ujian besar-besaran dan perintah berkurung serta merta dalam masa 72 jam.

Selain daripada pantas bertindak, republik itu mengekang penularan Covid-19 dengan meningkatkan langkah ketat termasuk kawalan sempadan, kuarantin, pengesahan kesihatan mandatori secara dan pelbagai peraturan untuk perjalanan domestik.

 

Iklan

 

China berjaya mengurangkan kes komuniti yang ditularkan secara tempatan dengan meletakkan semua pelancong ke negara ini di bawah prosedur kuarantin ’14 + 7′ hari yang ketat.

Pengunjung yang tiba di negara itu perlu melalui kuarantin selama 14 hari di fasiliti kesihatan dan menyambung seminggu berikutnya dengan kuarantin kendiri di rumah.