5 info menarik Nouhaila Benzina, pemain bola sepak wanita pertama berhijab

A
A
A

PEMAIN pertahanan Maghribi, Nouhaila Benzina mencipta sejarah sebagai wanita pertama dibenar memakai hijab dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia Wanita 2023.

Nouhaila, 25, yang juga bermain dalam Persatuan Sukan Kelab Angkatan Tentera Diraja di Rabat, turun beraksi dalam perlawanan pertama Maghribi menentang Korea Selatan di Adelaide baru-baru ini.

Dengan jolokan Atlas Lionesses, Maghribi membenam cabaran Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan Kumpulan H di Adelaide Australia.

Dalam perlawanan tersebut Nouhaila memakai hijab berwarna putih.

Baca juga: 438km/j! Pearly Tan pegang rekod smash paling laju dunia

Baca juga: Tegas dan lincah di padang, kenali 6 pengadil, pembantu pengadil wanita Piala Dunia Qatar 2022

Dalam mesyuarat Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada 2014, badan induk bola sepak dunia FIFA membenarkan pemain Islam memakai hijab semasa perlawanan.

5 info menarik Nouhaila Benzina

1- Nouhaila mempunyai ketinggian 1.73 meter dan seberat 63 kilogram.

2-Beliau dilahirkan pada 11 Mei 1998 di Kenitra, yang terletak di barat laut Maghribi.

3-Nouhaila mula mewakili negaranya dalam pasukan bawah 20 pada 2016. Sejak itu, dia konsisten mempamerkan kehebatan dan komitmen.

4-Wanita ini bermain pada posisi pertahanan.

5-Nouhaila cenderung menggunakan kaki kanan sebagai dominan.

Maghribi membuat penampilan sulung pada Piala Dunia Wanita 2023, anjuran bersama Australia dan New Zealand.

Nouhaila adalah pemain gantian yang tidak digunakan semasa perlawanan pembukaan Maghribi yang tumpas 6-0 di tangan Jerman pada 24 Julai di Melbourne.

Baca juga: Ibu berjiwa kental, memang iron lady. Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya 'tawan' puncak KLCC

Sumber: eurosport, The Sun UK, Twitter FIFAWWC, Gistflare

Kredit foto: Instagram Nouhaila Benzina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang