60 kali pembedahan plastik kejar wajah baby doll

60 kali pembedahan plastik kejar wajah baby doll
60 kali pembedahan plastik kejar wajah baby doll
A
A
A

KECANTIKAN biasanya dikaitkan dengan wanita. Wanita sanggup melakukan apa sahaja walaupun cecah ribuan ringgit asalkan kelihatan cantik.

Begitu juga yang terjadi di Beijing, China, Seorang gadis yang juga personaliti sosial media sanggup melakukan 60 kali pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah seperti baby doll.

Menerusi laporan media tempatan via The China Post, gadis itu dikenali sebagai Little Z Nana telah melakukan pembedahan plastik itu sejak berusia 13 tahun.

Nana yang kini berusia 15 tahun mengakui telah menghabiskan kira-kira 1 juta Yuan (RM607,734) untuk segala kos pembedahan.

Nana turut berkongsi pengalaman pembedahan plastik itu di media sosialnya.

Artikel berkaitan: Teman sekelas positif Covid-19, Puteri Mahkota Sepanyol dikuarantin

Menerusi perkongsian tersebut, Nana menyatakan sudah menjalani enam prosedur pembedahan plastik di bahagian kelopak mata, lima kali pada sudut mata luar, tiga kali sedut lemak dan pembedahan pengurangan tulang di seluruh wajah.

Selain itu, dia juga turut pernah melakukan pembedahan sedut lemak di wajah, peha dan tiga lagi prosedur di bahagian mulut.

Jelasnya, dia lakukan pembedahan ini bukan semata-mata untuk cantik malahan ia sebagai terapi diri dan mampu meningkatkan keyakinan dirinya.

Selain itu, gadis itu turut mengakui tidak pergi ke sekolah dalam tempoh yang lama kerana masalah kesihatan akibat kesan pembedahan plastik.

Dia juga turut mengisi masa lapang dengan menghadiri uji bakat pencarian dan sering upload video nyanyian dan tariannya menerusi akaun media sosial.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang