7 tahun diet hanya makan durian & nangka, influencer Rusia mati kebuluran

PEMPENGARUH vegan Rusia dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran selepas tujuh tahun mengamalkan diet ekstrem.

Zhanna Samsonova, 39, yang dikenali oleh jutaan pengikutnya di TikTok, Facebook dan Instagram sebagai Zhanna D’Art, dilaporkan meninggal dunia pada 21 Julai lalu selepas gagal mendapatkan rawatan perubatan semasa jelajah di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, rakan-rakannya berkata bahawa dia telah mengambil diet yang semakin ketat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, hanya terdiri daripada buah nangka dan durian serta beberapa makanan lain.

Malah ada rakan mengatakan, dalam empat tahun terakhir ini Samsonova hanya makan buah, kuaci dan jus.

Difahamkan wanita itu sering menunjukkan dirinya menikmati makanan mentah kepada pengikutnya di media sosial.

Baca juga Pempengaruh wanita ditemui maut selepas 2 hari senaman dan diet ekstrem, 9 info berkenaan

Kredit foto: Instagram rawveganfoodchef

 

Seorang rakan memberitahu sumber bahawa Samsonova nampak keletihan dan mempunyai masalah kaki bengkak mengalir limfa apabila mereka melawatnya di Sri Lanka beberapa bulan lalu.

Mereka berkata bahawa dia telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan, tetapi dia menolak.

Akibatnya, Samsonova menjadi semakin lemah dan kekurangan zat makanan. Dia akhirnya tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

Walaupun rakan-rakannya percaya kematiannya akibat daripada diet yang diamalkan, namun ibu Samsonova mengaitkan kematian anak perempuannya akibat jangkitan seperti kolera. Pun begitu punca kematian sebenar belum diketahui.

Iklan

Baca juga Kesan lambat tapi berat turun, tak perlu tahan makan, ini cara diet setahun hilang 40kg

Kredit foto: Instagram rawveganfoodchef

Samsonova sentiasa menggunakan media sosialnya menyebarkan tentang diet makanan mentahnya.

Dia hanya makan makanan yang ringkas sahaja walaupun mempunyai banyak pengalaman sebagai tukang masak makanan mentah.

Wanita itu juga menyatakan dirinya suka mencipta resipi sendiri dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk makan dengan lebih sihat.

Iklan

Sumber: metro.uk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!