HANYA selepas dua hari menjalani latihan senaman bagi menurunkan berat badan, pempengaruh wanita dijumpai maut di sebuah pusat latihan kecergasan.

Cuihua, 21, memiliki berat badan 156 kilogram (kg), maut pada hari kedua dia menjalani latihan senaman di sebuah pusat latihan kecergasan di wilayah Shanxi, di utara China.

Kematian itu mencetuskan gempar dalam kalangan pengguna media sosial di tanah besar itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai trend senaman dan diet ekstrem di republik berkenaan.

Menurut South China Morning Post (SCMP), berikut info berkenaan;

1. Punca kematian dan butiran lain mengenai bagaimana dia meninggal dunia masih belum didedahkan.

2. Sebelum kejadian, Cuihua yang berasal dari wilayah Henan di tengah China itu berkongsi di media sosial mengenai usahanya untuk menurunkan berat badan sehingga 100 kg.

3. Terdahulu, pada September tahun lalu, dia menyertai pusat latihan kecergasan di wilayah Guangdong, selatan China, dan pada mulanya kehilangan 16 kg, jelasnya kepada 15,000 pengikutnya di Douyin sebelum ini.

4. Dia kemudian pulang ke kampung halamannya di Henan, menyertai pusat latihan kecergasan lain dan berjaya menurunkan 10kg lagi berat badannya dalam tempoh sebulan.

Baca juga Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham

Kredit foto: SCMP/Weibo

5. Selepas itu, Cuihua menyertai pusat latihan kecergasan di wilayah utara Shanxi yang menawarkan keahlian percuma jika dia berkongsi video senaman di akaun Douyin, untuk mempromosikan pusat itu.

6. Sehari selepas dia memulakan kem latihan baharu pada 25 Mei, Cuihua menyiarkan di laman sembang WeChat dia berasa tidak sihat.

7. Dalam video yang disertakan bersama siaran itu, Cuihua dilihat mengangkat beban dengan ekspresi kesakitan pada wajahnya, kemudian berlari dengan beban di bahu sambil mata tertutup rapat sebelum berhenti, sambil tercungap-cungap.

8. Menurut laporan media tempatan, selepas latihan pada waktu siang yang ekstrem, pusat latihan menuntut dia membuat strim langsung dan membuat video mempromosikan perniagaan mereka setiap malam.

9. Namun pada pagi 27 Mei, seorang kakitangan di kem itu menelefon bapa Cuihua yang bernama Zhou memaklumkan anak perempuannya sudah meninggal dunia. Bagaimanapun Zhou dilaporkan sudah bersetuju untuk menerima pampasan daripada pusat latihan itu.

Tidak dinafikan, menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi, lebih-lebih lagi apabila anda baru sahaja bermula.

Sebaiknya, elakkan senaman ekstrem yang membahayakan kepada tubuh badan kita.

Sebab itulah, ada banyak tip diet untuk beginner yang dikongsikan berkali-kali di laman sosial.

Baca juga Kesan lambat tapi berat turun, tak perlu tahan makan, ini cara diet setahun hilang 40kg

buah diet

Untuk pemula, anda perlu tahu bahawa penurunan berat badan yang ketara dalam tempoh masa yang singkat merupakan sesuatu yang tidak sihat.

Bukan itu sahaja, penurunan berat badan juga perlulah disertai dengan pemakanan yang sihat dan juga senaman yang berterusan.

Biarlah kita turun berat secara perlahan-lahan tetapi konsisten berbanding penurunan yang mendadak namun bersifat sementara.

Apabila anda membuat keputusan untuk diet, ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan. Diet mungkin cara termudah untuk menghilangkan semua lemak terkumpul pada badan, namun ia tidak selalunya berkesan.

Jadi, sebelum mula diet, cuba pastikan;

  • Tentukan matlamat penurunan berat.
  • Adakah anda sanggup mengubah gaya pemakanan?
  • Adakah anda bermotivasi untuk mengubah gaya hidup untuk menurunkan berat badan?

Jika jawapan anda adalah ya, mungkin anda sudah bersedia turunkan berat. Ayuh mulakan beginner.

1. Makan secara sihat

Iklan

2. Bergerak dan jadi lebih aktif

  • Banyakkan berjalan.
  • Naik tangga dan bukannya lif.
  • Berjalan kaki pada waktu petang di sekitar kawasan perumahan.
  • Regangkan badan ketika bekerja.
  • Cari hobi baharu seperti berbasikal, berkebun atau mendaki gunung.

Senaman sepatutnya menjadi sesuatu yang menggembirakan. Oleh sebab itu, cari aktiviti yang anda sukai agar boleh terus melakukannya pada masa hadapan.

Baca juga Sebelum pilih menu rebus-rebus ketika berdiet, ketahui dahulu info-info penting ini

tip cantik

3. Tetapkan matlamat diet yang realistik

Beginner mesti utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Sebab itulah, anda perlu letakkan matlamat yang lebih realistik.

4. Jangan lupa beri ganjaran terhadap diri sendiri

Bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Sebab itulah, kejayaan ini perlu diraikan!

Iklan

Selain itu, jangan berputus asa jika anda hilang motivasi. Semua orang akan rasa burnout sekali-sekala. Selepas rehat, sambung semula diet anda.

5. Rancang pemakanan anda semasa diet

Cuba rancang sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam supaya ia memenuhi keperluan kalori anda.

Pelan pemakanan atau meal prepping merupakan satu kaedah yang sangat efektif untuk melakukan diet yang sihat dan seimbang. Selalunya, kita akan rancang pemakanan selama seminggu.

Baca juga 30kg turun, rahsia diet 6 bulan, dulu dihina anak gajah

Sumber: Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!