SETELAH lapan bulan menjalinkan cinta, seorang ahli bina badan Kazakhstan mengumumkan membuat lamaran seorang gadis.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai, gadis yang menjadi pilihan hatinya adalah sebuah boneka silikon!

Mirror.co.uk melaporkan Yuri Tolochko bersama teman wanitanya yag dikenali sebagai Margo telah pun tinggal bersama selama lebih setahun sebelum meluahkan hasrat untuk mengahwininya.

Malah, Yuri sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac lalu namun terpaksa ditunda akibat pandemik Covid-19.

Akhirnya, pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis yang cukup meriah yangmana dihadiri keluarga dan rakan terdekat Yuri pada penghujung November lalu.

Di majlis tersebut, kelihatan Margo lengkap memakai gaun putih.

Baca juga Sadisnya, kanak-kanak 4 tahun ditikam 10 kali gara-gara hutang

Iklan

Walaupun Yuri kelihatan seperti pengantin lelaki yang sempurna, pasangan itu terus menari tarian romantis di hadapan puluhan tetamu hadir.

Difahamkan pasangan ini bertunang pada Disember tahun lalu dan Yuri mengatakan percintaan mereka benar-benar serius pada tahun 2020.

Iklan

Selain itu, Yuri, turut sentiasa berkongsi momen dari hari ke hari di laman Instagramnya bersama pasangan tercinta.

Katanya, dia sangat menyukai Margo kerana patung silikon itu boleh melakukan apa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain.