BENARLAH maksud tersirat pantun lama, adat berhutang ada bayarnya, adat membayar tentulah penuh.

Sudah menjadi adat orang meminjam, mestilah diwajibkan untuk melangsaikan hutang-hutang seperti dijanjikan. Jika tidak, meranalah si tuan punya badan.

Ketika terdesak mahu meminjam, sanggup menjanjikan bulan dan bintang, namun apabila sampai waktunya, banyak pula alasan diberikan sehinggakan si pemberi hutang ini serba salah jadinya.

Menagih hutang kepada si pemiutang bukanlah mudah, silap hari bulan nyawa boleh melayang.

Sebagai contoh, di Indonesia pernah berlaku satu kejadian menakutkan. Ceritanya mengenai si pemberi hutang telah ditetak mati dan dibakar di dalam kereta gara-gara meminta wangnya kembali.

Artikel berkaitan: Saudara kepada Presiden Indonesia dipukul, dibakar secara kejam di kandang ayam gara-gara hutang

Pun begitu, apa yang berlaku Saratov, Rusia ini lebih mengejutkan ramai pihak.

murder saratov

Masakan tidak, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati dengan kesan tikaman lebih 10 kali gara-gara hutang ibunya, Anna Abakumova, 38, lapor laman web, Mirror.

Kejadian itu menggemparkan penduduk setempat apabila kedua-dua mayat mangsa ditemui berlumuran darah oleh anak sulungnya yang berusia 12 tahun.

Pada mulanya, pihak berkuasa mengesyaki bekas suaminya yang menjadi suspek utama kejadian ngeri terbabit, namun disebabkan alibi kukuh, beliau dilepaskan atas jaminan.

Pun begitu, pihak berkuasa tidak duduk diam dan terus menyiasat kes tersebut sehingga klu yang ditemui membawa mereka kepada seorang jururias kuku yang juga seorang tukang urut kepada keluarga terbabit.

murder saratov

Elena Shcherenko, 53, yang ditahan polis akhirnya mengaku membunuh mangsa dan anaknya atas alasan mahu mempertahankan diri ketika meminta hutang yang masih belum terbayar berjumlah 600 Pound Sterling (RM3,283).

Iklan

Artikal berkaitan: Sanggup jual buah pinggang, ugut ambil nyawa sendiri gara-gara nak bayar hutang

Sebelum kejadian berdarah itu berlaku, Elena datang ke rumah mangsa untuk mendapatkan semula duit yang dipinjam, namun berlaku pertengkaran sehingga menyebabkan mangsa dan anaknya terbunuh.

Barangkali berang permintaan hutang tidak diendahkan, Elena sanggup bertindak di luar kebiasaan dan membawa lari barang kemas sdan kad bank sebagai gadaian hutangnya.

murder saratov

Iklan

Sememangnya, nasib tidak menyebelahi Elena apabila dia bakal dikenakan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Mungkin terdesak mahu menggunakan duit lebih-lebih lagi ketika ekonomi dunia goyah selepas dilanda wabak Covid-19 menyebabkan insan tersepit sanggup melakukan apa sahaja.

Semoga insiden seumpama itu menjadi iktibar buat kita semua dan berhemahlah menggunakan duit yang ada dan jika berpeluang mengeluarkan simpanan KWSP melalui i-Sinar nanti, bayarlah hutang yang masih belum dilangsaikan.

Insya-ALLAH hidup tenang tanpa hutang.