8 hari nikah, wanita dicerai suami gara-gara pakaian terkena nasi, cara basuh beras berbeza
SETIAP individu manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan diri selain mempunyai peribadi yang berbeza antara satu sama lain.
Apabila seorang lelaki telah bersetuju untuk berkahwin dengan seorang wanita dengan sendirinya dia telah berjanji untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan diri bakal suri hati.
Pun begitu, seorang wanita di Eka S.Rafidah berkongsi keadaan yang terpaksa dilaluinya setelah mendirikan rumah tangga dengan seorang pensyarah berusia 39 tahun yang berkelulusan ijazah kedoktoran dari Jakarta.
Baca juga: Suami halau isteri gara-gara masak lemak cili padi terlebih kuning, ini cerita peguam syarie
KENALI DARIPADA TAARUF
Eka mendedahkan awal pertemuannya dengan suaminya adalah melalui taaruf. Ketika itu dia menerima butiran peribadi lelaki berkenaan melalui e-mel pada 26 Februari 2022. Pada keesokan harinya, mereka berdua mula bertemu.
Pada pertemuan pertama, Eka membawa seorang kawan. Manakala suaminya pula membawa ibu bapa dan adik-adiknya. Ketika itu, dia dikatakan terus diajak berkahwin.
"Dari pertemuan pertama, ibu bapa lelaki itu meminta agar proses akad nikah dijalankan dengan cepat. Jadi diputuskan, peminangan pada 6 Mac 2022 dan majlis akad nikah pada 13 Mac 2022 di rumah saya.
“Majlis resepsi dirancang diadakan di bandar tempat tinggalnya. pada 20 Mac 2022," tulis Eka.
Panas tidak sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Menerusi video yang tular, Eka hanya sempat begelar isteri selama lapan selepas suaminya melafazkan cerai.
Kedua-duanya berkahwin pada 6 Mac 2022 dan diceraikan pada 14 Mac 2022.
Menerusi laporan Wolipop, Eka hanya mengetahui perangai si suami selepas berkahwin. Lelaki tersebut dikatakan gemar memarahinya walaupun hanya berpunca daripada hal yang kecil.
MASALAH KESIHATAN MENTAL
Malah menurutnya sehari selepas berkahwin, dia baharu mengetahui lelaki yang sangat cerewat itu rupa-rupanya mengalami masalah kesihatan mental iaitu Obsessive Compulsive Disorder (OCD).
“Setiap barang di rumah perlu disteril dan dia tidak suka orang lain mengemas kalau rumah dia walaupun berada dalam keadaan berselerak.
“Dia pernah menyuruh saya menyiapkan makanan dan merendamkan sudu yang digunakan itu ke dalam air panas. Tanpa sengaja, pakaian saya terkena nasi dan ia menimbulkan kemarahan,” katanya.
Eka menambah dia berasa takut melihat emosi suaminya tidak stabil. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan satu kejadian di mana suaminya menyuruh dia untuk membuang beras yang sudah dicuci hanya kerana kaedah cucian Eka tidak sama seperti cara dilakukannya.
“Ada juga satu hari tu perut saya berasa sakit kerana ada masalah senggugut. Saya letakkan bantal tidur di paha bagi mengalas perut yang sedang sakit. Secara tiba-tiba dia menjerit kat saya dan kata bahawa saya ni isteri yang tidak taat kepada suami," titip Eka.
CERAI MELALUI WHATSAPP
Keesokan harinya, Eka menceritakan dia meminta izin suami untuk pulang ke rumah ibu bapa secara sendirian. Bgaimanapun pada 14 Mac lalu, dia diceraikan sewenangnya oleh suaminya melalui aplikasi WhatsApp.
Enggan perkara itu berlaku kepada wanita lain, Eka berharap lelaki menghormati wanita.
“Saya berharap tidak ada wanita lain yang menerima nasib sama seperti saya. Untuk kaum lelaki, hormatilah wanita. Pernikahan bukanlah satu perkara main-main,” katanya.
Semoga kisah yang terjadi kepada wanita menjadi pengajaran buat kita semua.
Baca juga: Dah bercerai bukan lesen aibkan pasangan, tanggungjawab wajib dilaksanakan
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang