BERSAMA Peguam Syarie, Nor Hazura Hamzah

SOALAN

Hal penceraian merupakan satu perkara yang sensitif untuk dibincangkan.

Daripada semua kes yang berlaku sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan selepas PKP, apa contoh insiden yang terjadi sehingga menyebabkan pasangan melafazkan penceraian?

JAWAPAN:

Merujuk statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, sebanyak 3,208 kes direkodkan sepanjang tempoh PKP, manakala graf penceraian dilihat naik mendadak hingga menjadi 7,537 kes selepas PKP.

Jumlah itu cukup tinggi dan membimbangkan lebih-lebih lagi terdapat alasan remeh menuntut cerai yang boleh disifatkan mengarut dan tidak masuk akal.

Seperti kes pengadu, isteri dihalau dari rumah gara-gara masakan lemak cili padi terlebih kuning, sedangkan masalah seperti itu masih boleh dibawa berbincang.

penceraian

Berdasarkan kes yang saya terima, terdapat beberapa kes penceraian atas alasan tidak munasabah seperti dipaksa mencium kaki suami, isu pemilihan nama anak dan masalah tempat letak kereta.

Baca juga Suami kerap perlekeh badan isteri terlalu gemuk hingga jadi punca penceraian, ini nasihat pakar

Sebenarnya, punca penceraian perlu kukuh untuk memfailkan kes di mahkamah kerana setiap permasalahan perlu dirujuk kepada seksyen yang berkaitan.

Justeru, jika berdepan kes dengan sebab yang remeh, ia bukan sahaja merumitkan penilaian hakim, bahkan perlu relevan dengan undang-undang sedia ada.

Bukan mudah untuk seorang hakim menjatuhkan hukum dan meluluskan penceraian, malah alasan bercerai pasangan tersebut akan dipersoalkan.

Oleh itu, masih terdapat ruang dan peluang perbincangan antara pasangan dengan wakil yang dilantik.

Iklan

penceraian

Jika rumah tangga itu masih boleh diselamatkan, pegawai agama akan syorkan prosedur tertentu demi mencapai pendamaian.

Baca juga Dah bercerai bukan lesen aibkan pasangan, tanggungjawab wajib dilaksanakan

Saya juga ingin menasihatkan pasangan supaya jangan terlalu beremosi kerana bukan mudah untuk membina sebuah keluarga bahagia.

Lima tahun pertama memang fasa menguji kesabaran dan kasih sayang, namun dengan komunikasi yang baik dan saling memahami, insya-ALLAH masalah kecil dapat diselesaikan dengan baik.

Iklan

Setiap pasangan perlu mengakui kesilapan diri dan berusaha membaiki kelemahan demi anak-anak.

penceraian

Penceraian boleh mempengaruhi pemikiran mereka, sekali gus boleh mewujudkan rasa benci terhadap ibu bapa. Wallahualam.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI