SEBUAH keluarga di Jixi, China, meninggal dunia selepas makan sejenis mi tempatan yang terkenal.

Mirror UK melaporkan, kejadian yang berlaku pada 10 Oktober lalu, keluarga yang terdiri daripada sembilan orang itu dipercayai memakan mi tersebut yang telah lama ditinggalkan di dalam peti sejuk.

Mi tersebut dikatakan sudah tercemar dengan Bongkrek Acid kerana sudah lama disimpan.

Tujuh mangsa meninggal dunia terlebih dahulu, iaitu lima hari selepas memakan mi tersebut, diikuti dua ahli keluarga yang lain.

Hasil siasatan pihak berkuasa tempatan mendapati, mi dibuat daripada tepung jagung yang diperam yang menyebabkan wujudnya Bongkrek Acid yang akhirnya menjadi racun.

Namun ada tiga kanak-kanak yang juga merupakan ahli keluarga itu sangat bernasib baik kerana tidak memakan mi tersebut ketika kejadian.

Artikel berkaitan: Covid-19: Dulu tarik bagasi, kini tolak tong gas

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, berkata Bongkrek Acid boleh menyebabkan seseorang itu maut.

Iklan

Katanya, kematian boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dan mangsa akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, berpeluh dan seterusnya koma.

Iklan

Tambahnya lagi, Bongkrek Acid ini juga boleh memberi kesan yang serius terhadap organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak.