Akaun Twitter PM India digodam

Akaun Twitter PM India digodam
Akaun Twitter PM India digodam
A
A
A

PADA Julai lalu, puluhan individu berprofil tinggi termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat(AS), Barack Obama, Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan pakar teknologi, Elon Musk telah menjadi mangsa godam besar-besaran oleh golongan penipu dalam penghantaran bitcoin.

Hari ini, akaun Twitter Perdana Menteri India, Narendra Modi, pula digodam.

Ciapan di akaun Twitter Perdana Menteri itu bertulis meminta sumbangan amal menggunakan mata wang kripto, namun sudah dipadam.

Menurut laporan AFP, jurucakap Twitter telah mengesahkan perkara itu.

"Kami mengakui tentang aktiviti ini dan telah mengambil langkah sewajarnya menyelamatkan akaun yang terjejas itu. Kami sedang giat menyiasat situasi ini," katanya.

Firma teknologi itu berkata, pihaknya tidak menyedari jika ada akaun lain yang turut terkesan daripada aktiviti berkenaan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] hati-hati ketika berkhemah! Ular sepanjang 1.2 meter masuk ke dalam mulut seorang gadis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang