IBARAT seorang banduan. Itu yang boleh diungkapkan dengan situasi yang dilalui Seorang wanita di Karnataka Mysuru, India

Beliau mendakwa dikurung selama 12 tahun oleh suami di kediaman mereka.

Wanita berusia awal 30-an itu bagaimanapun diselamatkan polis namun enggan membuat laporan.

Menurut empunya diri, beliau dibiarkan terkunci dalam rumah sejak mula berkahwin lagi.

Kata wanita terbabit, selama dikurung, dirinya terpaksa menggunakan kotak kecil untuk membuang air besar dan kecil.

“Sudah 12 tahun saya berkahwin. Dia (suami) selalu mengurung saya di dalam rumah dan keadaan ini menyeksa saya.

“Tiada siapa di kawasan ini yang mempersoalkannya. Anak saya bersekolah. Tetapi mereka kekal di luar sehingga suami saya pulang dari kerja.

“Saya akan memberi mereka makanan melalui tingkap,” katanya.

Baca juga: ‘Hidup saya masih bahagia, ada anak &suami.’ Hilang sebahagian kaki & tangan selepas jalani pembedahan batu karang, wanita ini tetap optimis

Bagaimanapun seorang pegawai kanan polis mendedahkan, wanita itu sebenarnya hanya dikurung dalam rumahnya sejak dua hingga tiga minggu lalu.

Baca juga: Rupa-rupanya sabun buku tak sesuai letak dalam tangki flush. Wanita ini kongsi sebabnya yang ramai tak tahu!

“Pergerakannya terhad. Sebelum itu, beliau pernah melawat rumah ibu bapanya.

“Cuma, suaminya mengurung wanita itu di dalam rumah sebelum pergi bekerja kerana beliau berasa tidak selamat. Lelaki tersebut juga diberi kaunseling,” katanya.

Wanita itu adalah isteri ketiga kepada lelaki berkenaan.

Iklan

Selepas diselamatkan, wanita itu diberi kaunseling dan memaklumkan tidak mahu membuat laporan terhadap suaminya dan akan tinggal di rumah ibu bapanya.

Kasihan… sayang dan cemburu pun perlu berpada-pada jangan menyeksa dan memudaratkan perasaan orang lain.

Ini kerana boleh menyebabkan masalah mental dan mencetuskan perkara yang tidak diingini.

Iklan

Sumber: India Today

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang