SIAPA tidak kenal perunding tata rias, penulis dan pengacara TV Jepun, Marie Kondo, 38, yang memperkenalkan lima teknik mengemas rumah yang paling efektif.

Pada tahun 2019, Kondo muncul dengan cara mengemas rumah KonMari yang menjadi inspirasi ramai wanita di seluruh dunia.

Apakah teknik mengemas rumah KonMari? Teknik itu mengumpulkan barang dari kategori yang sama, menyisih dan menyimpan barang menggembirakan sahaja (spark joy) dan kemudian membuang atau mendermakan barangan yang tidak perlu.

Baca juga: Azam Tahun Baharu, buang barang tak perlu, hidup lebih teratur. Ini trik Marie Kondo yang ramai tak tahu

1. Rancang ikut kategori

Sebelum bermula, bahagikan rancang aktiviti mengikut kategori di bawah:

a.Pakaian
b.Buku
c.Kertas/ dokumen
d.Lain-lain (dapur, stor, ruang tamu)
e.Barangan sentimental

2. Mulakan dengan kategori pakaian

Longgokkan semua pakaian dan asingkan pakaian yang nak disimpan dan pakaian yang nak disisihkan/ diderma.

Pegang setiap satu pakaian tersebut dan tanya kepada diri anda, “Does it spark joy?” atau “Adakah ia membawa keceriaan/ kebahagiaan?” Jika jawapannya tidak, dilonggokan pada bahagian untuk disisih/ diderma.

Jika ya, gantung semula dengan kemas atau lipat dengan kaedah Konmari. Ada cara lipat khas agar lebih kemas!

Baca juga: ‘Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.’- Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

 

3. Kategori lain

Selepas selesai bahagian pakaian, beralih kepada buku pula.

Pegang setiap satu buku dan tanya “Does it spark joy?”. Jika tidak, asingkan untuk diderma atau dikitar semula.

Jika ya, susun buku dengan teratur mengikut kategori. Akhirnya, yang tinggal dalam simpanan kita, hanyalah barang-barang yang memberi makna sahaja. Less clutter, more meaningful life.

Lakukan langkah yang sama untuk kertas, dokumen, ruangan lain seperti dapur, ruang tamu dan stor dan barangan sentimental.

4. Tetapkan tempoh waktu dan libatkan ahli keluarga

Rancang jadual yang realistik. Libatkan ahli keluarga, contohnya, untuk pakaian suami dan anak-anak, pastikan mereka pilih pakaian/ barangan yang memberikan joy. Ajak mereka sama-sama melipat dan menyusun.

5. Peraturan baru, beli satu, buang satu

Bagi memastikan kaedah Konmari dipraktikkan, anda perlu disiplinkan diri tidak mengumpul semula barangan semula.

Antara caranya ialah peraturan beli satu, buang satu. Setiap kali beli pakaian baru, pastikan mendermakan pakaian yang tidak lagi spark joy.Dengan ini, almari pakaian kekal minimal dan rumah dipenuhi barangan yang bermakna sahaja.

Baru-baru ini, ratu ‘mengemas’ rumah itu menzahirkan telah ‘berputus asa’ untuk menjaga kemas rumahnya sendiri selepas dikurniakan tiga cahata mata. Katanya adalah lebih baik beliau meluangkan masa bersama keluarga adalah lebih penting.

Daily Mail melaporkan Kondo, mengaut keuntungan besar daripada penjualan 13 juta salinan buku pertamanya dan membintangi rancangan Netflix yang membawa pulangan bersihnya sekitar $7 juta.

Baca juga: Cara mudah atasi masalah tahi cicak di rumah, guna tiga bahan ini

Selepas melahirkan anak ketiganya baru-baru ini, Kondo mengakui kenyataan diperkatakan oleh ramai ibu selama ini iaitu masalah masa yang tidak mencukupi.

“Sehingga kini, saya seorang ‘jurukemas’ profesional jadi saya melakukan yang terbaik untuk memastikan rumah saya sentiasa kemas.

Iklan

“Saya telah berputus asa dengan cara itu. Sekarang saya sedar apa yang penting bagi keseronokan meluangkan masa bersama anak-anak di rumah,” katanya menurut Washington Post.

Kondo yang berkahwin dengan suami, Takumi Kawahara, pada 2012 melahirkan anak ketiganya pada tahun 2021.

“Rumah saya tidak kemas tetapi kini saya menghabiskan masa dengan cara yang betul untuk saya pada masa ini pada peringkat hidup saya,’:katanya kepada wartawan, Julia Llewellyn oktober lalu.

Gaya hidup baharunya masih ‘spark joy’ tetapi kekacauan pada masa ini telah memberi inspirasi kepada buku kelimanya.

Marie Kondo’s Kurashi at Home: How to Organize Your Space and Achieve Your Ideal Life yang berada di pasaran pada November 2022 kurang memfokuskan pada kekemasan dan lebih kepada ‘kurashi’ iaitu konsep Jepun yang diterjemahkan sebagai ‘cara ideal untuk menghabiskan masa.’

Baca juga: Mop lantai guna tiga bahan yang ada di dapur, kilat macam cermin

Ia menumpukan kepada memaksimumkan penggunaan masa seseorang dan bukannya ruang seperti sebelum ini.

“Mengemas bermakna berurusan dengan semua ‘perkara’ dalam hidup. Jadi, apa yang awak nak susun.

“Ketika hanya kami berdua dengan suami (belum dikurniakan anak), rumah saya agak hampir dengan ideal itu. Sekarang, gambar-gambar itu adalah ideal yang saya sasarkan. Rumah saya sendiri tidak betul-betul kemas . Saya rasa boleh sampai ke tahap itu jika saya melakukan operasi secara kilat selama satu atau dua jam.

Iklan

“Anda mempunyai keutamaan yang berbeza dan sekarang ini yang mencetuskan kegembiraan ialah bermain dengan anak-anak saya menghabiskan masa yang menyeronokkan dengan mereka. Tidak mengapa jika ia sedikit kucar-kacir.

“Saya tidak mahu membuang masa dengan marah. Anak-anak hanya kecil sekali, jadi jangan risau, nikmatilah masa itu,” tuturnya.

Sejak berpindah kembali ke Jepun dari Amerika Syarikat, Kondo tidak menggunakan khidmat pengasuh. Tetapi kini beliau mempunyai pengasuh untuk anaknya.

Semasa temu bualnya dengan Llewellyn, Kondo terpaksa bergegas menukar lampin anak. Anak-anak perempuannya juga berkeliaran ke sana sini menunjukkan bahawa kehidupan baru Kondo adalah sama seperti ibu-ibu lain.

“Gaya hidup saya telah berubah sepenuhnya. Apabila saya bermula, saya bekerja keras. Saya sedang mengajar tentang mengemas, membantu ramai orang dan mendapat banyak pengalaman. Tetapi sekarang saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga,’ katanya kepada Llewellyn.

Baca juga: Lelaki ini kongsi DIY rak tupperware untuk isteri guna besi dan kayu. Seminggu lebih siap, cantik dan kemas!

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.