APABILA mengetahui isteri berhubungan sulit dengan lelaki lain, hati suami mana yang tidak marah dan sakit hati.

Begitu yang terjadi kepada seorang suami di Sepanyol ini. Setelah mengetahui perkara itu, dia mengambil keputusan untuk malukan isterinya di hadapan keluarga dan rakan dengan membuat majlis kesyukuran.

Menurut laporan The Sun, dia nekad mahu mendedahkan hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain.

Dia turut mengundang lelaki yang berselingkuh dengan isterinya itu ke majlis tersebut.

Dia yang nekad tidak terima dengan apa yang terjadi dan memutuskan untuk mendedahkan kepada semua perbuatan isteri dengan kekasihnya ketika majlis kesyukuran kehamilan.

Majlis tersebut dibuat ketika kandungan berusia 4 bulan, namun isterinya tidak tahu apa maksud tersembunyi suaminya merayakan majlis kesyukuran.

Mereka mengundang ramai saudara dan rakan.

Ketika semua orang berkumpul di majlis itu, isterinya bergaun merah jambu melayan tetamu tersenyum gembira, suami dengan tiba-tiba melangkah ke depan, memegang mikrofon dan bercakap.

Kata-katanya mengejutkan semua tetamu yang hadir.

Suaminya berdiri di hadapan orang ramai, menunjuk seorang lelaki berbaju hitam di sebelahnya dan memperkenalkannya sebagai peguam.

“Ini peguam saya. Kami mempunyai beberapa dokumen di sini. Semua orang tahu bahawa kami mengharapkan seorang bayi. Lihatlah, saya ada laporan ujian kehamilan, semua orang tahu bahawa saya akan menjadi seorang ayah. Tetapi buat pengetahuan semua, kami terlepas beberapa perkara penting, di sini adalah bukti bahawa isteri saya bukan 4 bulan mengandung,” jelasnya.

Si suami kemudian mengeluarkan beberapa laporan ultrasound isterinya. Si isteri, yang tidak menyangka suaminya akan memalukannya seperti itu.

Kehamilan isterinya ternyata adalah 6 bulan dan bukan 4 bulan mengikut sijil doktor yang diperolehi oleh peguamnya.

Mendengar penjelasan itu, si isteri sangat terkejut, berdiri dan menghalang suaminya daripada bercakap lebih jauh.

Setelah itu, dia berulang kali memanggil nama suaminya, memintanya keluar untuk bercakap secara tertutup.

Tetapi suaminya tidak peduli, tetap bertekad untuk mengungkapkan kebenaran tentang isterinya.

Iklan

Artikel berkaitan: Kanak-kanak lelaki 6 tahun dibunuh ibu kandung, rupanya…

Adegan seterusnya menunjukkan peguam tersebut menghidupkan komputer dan menunjukkan kepada semua orang video perbuatan terkutuk isterinya itu.

Menerusi video itu, si isteri dan lelaki itu kelihatan berpegangan tangan di sebuah hotel juga dapat dilihat isterinya keluar dari sebuah bilik, dengan hanya memakai tuala.

Mereka sama sekali tidak menyedari bahawa adegan sensitifnya telah dirakam secara rahsia.

Lelaki yang dikatakan curang dengan isterinya itu hanya berdiam diri di tempat duduknya.

Iklan

“Ini bukan anak saya, pesta ini untuk anda berdua,” kata suami sambil menarik tangan lelaki berkenaan yang juga merupakan kenalan suami isteri.

Kenduri kesyukuran berubah menjadi huru-hara. Semua tetamu berdiri, terkejut, dan marah. Si isteri, yang begitu dihina, menjadi panik dan takut. Dia hanya menangis, tidak dapat berbuat apa-apa selain berdiri dengan wajah malu. Si suami meninggalkan majlis tersebut.

Situasi majlis kesyukuran yang berakhir dengan kacau bilau itu dirakam oleh Raddit dan berkongsi video di laman sosial.

Video tersebut menjadi perhatian warganet mendapat ribuan tontonan dan komen serta ada antara mereka turut mengecam perbuatan si suami itu yang memalukan isterinya yang curang.

Begitulah, angkara marah dan terlalu sakit hati kadang-kadang seseorang akan bertindak di luar kawalan. Sentiasalah kawal perasaan amarah dengan rasional. Setiap perkara ada jalan penyelesaian yang baik.