MUKBANG ialah istilah Korea yang merujuk kepada perbuatan makan banyak makanan sambil berbual dengan penonton secara langsung. Ia mula popular pada tahun 2010.

Nikocado Avocado atau nama sebenarnya Nicholas Perry ialah YouTuber mukbang Amerika Syarikat yang cukup popular.

Content creator kelahiran Ukraine berusia 29 tahun itu sering menampilkan aksi dramatik komedi semasa merakam video mukbang menyebabkan video terbarunya dinanti-nantikan.

Menerusi lima saluran YouTube, Niko yang memulakan video di Youtube pada tahun 2014 kini sudah mengumpul 5.3 juta pengguna yang melanggan dan meraih 1.15 bilion tontonan.

Netizen risaukan kesihatan fizikal dan mentalnya. Lebih-lebih lagi hidangan mukbang dimakan Niko terdiri daripada makanan segera yang terlampau besar saiz sajiannya.

Ketika baru memulakan saluran Youtube, Niko hanya menampilkan sajian vegetarian.

Niko difahamkan menerima rawatan intervensi dan sesi terapi ketika berusia lima tahun.

Dia kemudian disahkan mengalami kemurungan dan terpaksa mengambil ubat antidepresan ketika mencecah umur tujuh tahun.

Menjelang usia remaja, Niko didiagnos Sindrom Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Berat badannya naik dengan mendadak iaitu daripada 68 kilogram (kg) kepada 150kg.

Kebimbangan para peminatnya bermula apabila Niko patah tiga tulang rusuk semasa merakamkan video mukbang. Insiden itu menyebabkan dia terlantar.

Iklan

Walaupun telah sembuh, dia dilihat masih menggunakan alat bantu pernafasan.

Malah beberapa tahun kebelakangan ini Niko kerap memuatnaik video yang memperlihatkan dia  sedang ‘berjuang’ dengan kesihatan mentalnya.

Mudah-mudahan, YouTuber itu dapat mencari cara yang lebih sihat dalam mencipta kandungan yang disukainya dan mendapatkan bantuan profesional berkaitan kesihatan mentalnya.

Iklan

Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Baca juga: Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Insider, Dexerto