Atlet renang berirama Olimpik positif Covid-19, Greece terlepas pingat

A
A
A

LATIHAN bertahun-tahun yang dilakukan para atlet akhirnya lebur hanya kerana pasukan dikesan positif Covid-19.

Walaupun pahit, kenyataan itu terpaksa diterima Evangelia Papazoglou dan Evangelia Platanioti yang sepatutnya menyertai peringkat akhir malam ini.

Greece menarik diri daripada pertandingan berenang artistik Olimpik Tokyo setelah mendapati empat atlet mereka positif dalam ujian Covid-19, kata Jawatankuasa Olimpik Greece (HOC) pada Selasa.

Ia susulan seorang atlet diuji positif pada Isnin sementara tiga yang lain didapati positif keesokannya, membuat pasukan tersebut membuat keputusan menarik diri dan dan memaksa para atlet dikuarantin.

"Pasukan sejak hari pertama memasuki perkampungan Olimpik itu tidak bersentuhan dengan anggota pasukan yang lain dengan alasan yang jelas," kata HOC.

Peringkat akhir renang berirama yang sepatutnya disertai pasukan itu berlangsung di Tokyo Aquatics Centre, 7.30 malam ini waktu tempatan.

Greece yang berada pada kedudukan ketiga mepunyai harapan besar membawa pulang pingat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikut tujuh pasukan yang bertanding sebelum Greece menarik diri.

1. Itali – 184.0249 mata

2. Sepanyok – 182.8506 mata

3. Greece – 175.9990 mata

4. Amerika Syarikat – 175.7882 mata

5. Perancis – 174.8833 mata

6. Korea – 159.0777 mata

7. Hungary – 151.3796 mata

Semua atlet berada di bawah peraturan yang ketat setibanya mereka di Jepun yang ketika itu sedang bergelut dengan pertambahan kes Covid-19.

Baca juga Skuad Badminton ‘Berbisa,’ Penyumbang Pingat Paling Banyak Sukan Olimpik Buat Negara

Malah, sebagai langkah mengelakkan penularan, temasya sukan itu juga diadakan tanpa penonton.

Penganjur Selasa lalu melaporkan 18 kes Covid-19 menjadikan jumlah terkini 294 kes yang melibatkan atlet dan petugas.

Sumber: Reuters, olympics.com

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang