Awas minuman berkarbonat! Lelaki maut teguk tanpa henti selama 10 minit

A
A
A

BILA berhadapan musim panas, kita selalunya dinasihatkan minum lebih banyak air.

Mendapatkan penghidratan yang cukup pada hari-hari panas ini adalah penting untuk menyejukkan dan menyegarkan diri.

Namun awas! Jika korang salah memilih jenis minuman, padah menanti.

Seperti yang terjadi di China, seorang lelaki dilaporkan maut setelah mengalami kerosakan hati selepas meneguk sejenis minuman berkarbonat bersaiz 1.5 liter dalam tempoh 10 minit.

Menurut laporan Mirror, punca lelaki tersebut meninggal dunia bukan sahaja kerosakan hati malah ia disebabkan juga kandungan gas di dalam badan setelah meminum air berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Awas minuman berkarbonat! Lelaki maut teguk tanpa henti selama 10 minit

Lelaki berkenaan bergegas untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Beijing selepas mengadu kesakitan di bahagian perutnya yang membengkak akibat meminum air tersebut secara berlebihan.

Apa yang lebih mengejutkan apabila dia turut mengalami tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung yang tinggi dan pernafasan yang laju ketika diperiksa pegawai perubatan dan kemudian pihaknya berusaha mengeluarkan gas dari sistem pencernaannya.

Lelaki berkenaan turut memaklumkan tujuannya minum minuman soda 1.5 liter itu hanya sekadar untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas.

Baca juga Hati-hati mandi air terjun, video tular kepala air ragut nyawa dua kanak-kanak, seorang hilang

Namun, malangnya lelaki tersebut tidak dapat diselamatkan doktor apabila disahkan meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan di hospital.

Awas minuman berkarbonat! Lelaki maut teguk tanpa henti selama 10 minit

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang