Ayah sayu lihat anak perempuan dibelasah suami sehingga wajah sukar dikenali
SATU hantaran video tular yang memaparkan seorang ayah yang kelihatan sayu dan tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat anak perempuannya terduduk diam selepas dipukul oleh suaminya sendiri.
Lebih menyayat hati, wajah wanita yang berusia 14 tahun itu dipenuhi kesan bengkak di wajah serta lebam di beberapa bahagian badan.
Selain bapa, abang mangsa juga kelihatan begitu kecewa dan hanya mampu menangis sambil menahan marah melihat situasi yang menimpa adiknya itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Alias Alil,19 didakwa memukul isterinya di sebuah rumah di Kampung Kuhanga, Daerah Bintauna.
Alias yang juga seorang penganggur sanggup melakukan kekejaman itu disebabkan rasa cemburu yang melampau terhadap isterinya yang didakwa telah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Menurut kejadian, Alias mengajukan pertanyaan siapakah individu yang pernah atau sedang bercinta dengan isterinya sebelum kanak-kanak malang itu dipukul.
Terkini, lelaki itu didakwa di bawah artikel perlindungan kanak-kanak susulan isterinya ketika kejadian masih di bawah umur.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang