Bahaya! Kabel elektrik jatuh akibat dipanah petir meragut nyawa

A
A
A

KABEL elektrik yang berada sepanjang jalan raya kadang-kadang jatuh ke bumi akibat ribut ataupun ditimpa pokok.

Hati-hati! Kabel yang jatuh itu amat merbahaya dan boleh meragut nyawa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti yang terjadi di sebuah pasar di pinggir bandar Kinshasa, Republik Demokratik Congo ini, dilaporkan 26 terbunuh akibat terkena renjatan elektrik.

Insiden tersebut berlaku akibat panahan petir ke atas kabel bervoltan tinggi, menyebabkannya jatuh ke atas beberapa struktur premis dan mangsa.

Kebanyakan mangsa yang maut adalah peniaga wanita manakala dua lagi individu parah.

Baca juga [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

elektrik

Kejadian terbabit dianggap bukan luar biasa ekoran keadaan infrastruktur negara yang mundur.

Ada sesetengah pihak turut mencadangkan agar rangkaian kabel bervoltan tinggi di negara itu diteliti semula bagi mengelak kejadian sama berulang.

Baca juga Saintis rekod kilat terpanjang di dunia, hampir 800 kilometer, rentasi 3 buah negeri

Insiden maut itu turut mendapat perhatian perdana menterinya yang simpati ke atas kejadian yang menimpa mangsa.

Orang ramai boleh mengambil iktibar dari kejadian yang terjadi. Jangan sesekali dekati kabel elektrik yang jatuh.

Sumber: BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang