BARU-BARU ini tular sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita membuang dua anak ke sungai.

Gulfnews melaporkan, wanita itu membuang dua orang anaknya dari jambatan ke Sungai Tigris di utara ibu kota Iraq untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya.

Bagaimanapun, menurut sumber keselamatan, polis Baghdad telah menahan ibu kepada anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia tiga dan dua tahun itu.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu bertindak sedemikian sebagai balas dendam terhadap bekas suami yang menceraikannya.

Menurut laporan itu juga, kedua-dua mangsa Hur Mohammed dan Masuma Mohammed masih belum ditemui sejak kejadian pada 17 Oktober lalu.

Semua ahli keluarga berada dalam keadaan terkejut berikutan kejadian itu dan masih dalam berusaha mencari mayat dua beradik tersebut.

Artikel berkaitan: 9 beranak maut selepas makan mi lama dalam peti

Iklan

Datuk kepada mangsa, Abu Tahsin Deraji berkata, tindakan wanita itu mengakhiri nyawa anak-anaknya adalah kerana tidak boleh menerima hakikat suaminya meminta cerai pada bulan lalu.

“Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya.

“Januari lalu, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami membawanya kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka apa terjadi.

“Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah berbincang perkara ini di mana-mana, dan kami juga tidak menunjukkan gambar-gambar (bersama kekasih) kepada sesiapa,” jelasnya.

Insiden menyayat hati itu dilaporkan berlaku di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.

Iklan

Video tersebut mengundang reaksi terkejut dan sebak warganet terhadap ibu yang tidak mempunyai rasa belas kasihan itu.

Kata mereka;

Sebak tengok anak-anak dia mati macam tu. Walaupun mustahil seorang ibu akan buat macam tu, tapi kemurungan memungkinkan sesuatu yang mustahil. Kerana itu kita kena faham dunia rumah tangga, tak bererti kita sudah mencapai happy ending. Setiap peringkat kehidupan ada cabaran tersendiri. Wahai Allah peliharalah diri kami dari menerima ujian kemurungan ini. Kuatkanlah hati kami. حسبناالله ونعم الوكيل.. Yang kental boleh lihat visual rakaman cctv. Rasa marah dan geram bercampur sedih serta kasihan. Kepada golongan ibu tunggal kuatkanlah hatimu, Allah menguji kerana tahu peringkat kemampuan kita – Luqmanulhakim Che Arif.

Punca dia satu ja… dia Lupa Allah SWT. Lalu dibiarkan emosinya kepada syaitan. Mungkin ada yang akan cakap ayat cliche ‘cakap pandaila’… tapi jika hati kita ingat Allah seburuk mana pun dugaan kita akan terus bersabar.

She was frusted may be mental disorders because of husband… mungkin dia terlalu sakit hati, sedih dan marah.

Sampai hati buang anak macam tu tak kesian ke? Binatang tak berakal pun sayang anak. Tengok saja video tu, tak tega hati nak share.