‘Baru nak tanya elok-elok, kena maki!’ Gadis ini kongsi realiti bercinta lelaki kaki pinjam, hutang cecah RM16,000
“AWAK berkira dengan boyfriend sendiri ke?” Itu ayat yang keluar daripada mulut lelaki yang anggap kekasihnya tak ubah seperti mesin ATM bergerak.
Video pendek yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, @shrfh.rizaty tular di media sosial baru-baru ini selepas berkongsi kisah benar tentang kekasihnya.
Bukan saja gemar pinjam duit, tapi berani marah bila ditanya balik, siap pakej maki sekali gus mengundang rasa bengang dalam kalangan netizen yang menonton video tersebut.
Menurut @shrfh.rizaty lagi, dia pernah meminjamkan lebih RM16,000 kepada lelaki tersebut.

Malangnya, satu sen pun tak dibayar balik dan baru-baru ini, lelaki itu ajak berjumpa. Ingatkan ada hal penting, rupa-rupanya nak pinjam lagi duit RM4,000!
Bila ditanya elok-elok kenapa asyik minta duit, wanita itu pula kena herdik.
Kongsinya lagi, lelaki tersebut pernah menyewa flat bersama dan langsung tak ada inisiatif untuk cari kerja tetap.

Bila ditanya, dia kata ‘ada sakit’, tapi sampai sekarang tak tahu penyakit apa.
Lebih bengang lagi, @shrfh.rizaty pernah belanja makan, tanggung perbelanjaan harian dan segala keperluan tapi bila tak nak bagi pinjam lagi, dia pula dimarahi.
Ramai netizen pada awalnya sangka kisah ini cuma content TikTok semata-mata tapi wanita itu menerangkan semuanya kisah benar.

“Content je sis, tengok profile dia.” – @sshad
“Tajul is real… awak lari, jangan stay dengan dia lagi. Jangan rosakkan masa depan awak.” – @nurshabirah95
“Kat bawah tu ada kawan dia nasihatkan, dia dah pinjamkan jantan tu RM16K.” – @user9042951922866
“Kita jantan bro, susah macam mana pun jangan sesekali makan duit perempuan, lelaki ni dilahirkan dgan penuh tanggungjawab dan amanah, so please jaga tanggungjawab dan amanah yang ALLAH dah bagi.” - @ΑlfιΖxcκ

Ruangan komen TikTok wanita berkenaan turut dibanjiri kata-kata nasihat. Tak kurang juga ramai yang naik angin dan minta @shrfh.rizaty segera tinggalkan lelaki itu.
“Run je kak! I dah run hahahaha.” – @louiszo01
“Baru pakai Honda, minta RM4K macam RM4 je.” – @elyy
“Lelaki macam ni… kita perempuan jadi bank dia. Jangan kak!” – @yayamanja15
“Duit makan pun saya yang bayar.” – balas @shifasyd pada satu komen.
Seorang pengguna, @whyme pula beri nasihat tegas:
“Jumpa parents dia, minta RM16K tu balik. Kalau tak nak bayar, bawa masuk mahkamah. Dah dapat duit balik, please blah!”
“Jangan jadi bank bergerak untuk jantan pemalas.” – @anakbongsu
“Lelaki yang baik takkan minta-minta. Dia akan usaha bagi cukup.” – @3e3eyy
“Awak cantik, awak tak rugi apa-apa pun kalau tinggalkan dia.” – @naznad84
“Kalau belum kahwin dah pinjam tak bayar, lepas kahwin awak kena bela biawak hidup.” – @alisya
Ada juga yang bandingkan dengan drama Tajul & Nuha:
“Tajul lagi teruk kak, dia siap minta balik duit hantaran RM20K dekat Nuha!” – @Icaa
“Yang ni lagi teruk daripada kisah Tajul. At least Tajul tak pinjam duit bini.” – @Anas Sofea
Moga kisah wanita jadi iktibar buat semua dan jangan sesekali jadikan diri sebagai mangsa manipulasi lelaki tak bertanggungjawab.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

