Tergamaknya ibu! Subahat, biar teman lelaki noda anak kandung 12 tahun, siap lihat depan mata

No Image Caption
A
A
A

 

HARAPKAN pagar, pagar makan padi! Ke mana hilangnya perikemanusian dan sifat pelindung seorang ibu hingga sanggup membiarkan anak perempuan berusia 12 tahun dinoda depan mata.

Sebak rasa dada, berulang kali penulis membaca ingatkan berlaku di luar negara, rupanya di tanah air kita.

Ibu berkenaan yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan membiarkan teman lelaki, seorang peniaga nasi lemak berusia 61 tahun merogol anak perempuannya pada pertengahan tahun lalu.

Terpaksa menempuh detik hitam dicabul dan dirogol kekasih ibu pada usia mentah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, perbuatan terkutuk itu berlaku di hadapan ibu mangsa yang langsung tidak menghalangnya.

No Image Caption

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang tidur di bilik tidur ibunya.

Mangsa terjaga selepas berasa disentuh dan mendapati ibunya dan teman lelaki wanita tersebut berada di sebelahnya.

Artikel Berkaitan:

Suspek kemudiannya bertindak merogol mangsa di hadapan si ibu!

Terdahulu, kanak-kanak itu ternampak mesej antara ibunya dan suspek yang merancang untuk melakukan hubungan intim serta menyatakan hasrat untuk 'bersama' mangsa di sebuah hotel.

No Image Caption

Mangsa yang ketakutan kemudian melarikan diri ke rumah rakannya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah. Hasil siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa kepada penahanan reman kedua-dua suspek 28 Jun lalu.

MENGAKU TIDAK BERSALAH

Suspek, Azman Hasim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat

mengaku tidak selepas selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamarudin.

Berikut butiran kes yang menghiris hati dan perasaan:

1-Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa atas kesalahan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa berusia 12 tahun empat bulan di sebuah rumah di Hulu Langat pada jam 4 petang pertengahan tahun lalu.

2-Azman didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 376 (1) kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

3-Sementara itu, ibu kepada mangsa, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dalam kes rogol anak kandungnya itu, didakwa membabitkan Azman.

No Image Caption

4-Kesalahan itu hasil daripada persubahatannya di lokasi, masa dan tarikh serupa.

5-Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 375 (g) kanun sama, boleh dihukum bawah Seksyen 376 (1) kanun sama.

6-Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan kedua-dua tertuduh tidak diberi ikat jamin.

7-Muhammad Hairuliqram bimbang berlakunya gangguan terhadap mangsa memandangkan Azman merupakan kekasih wanita itu.

8-Manakala bagi tertuduh wanita, jaminan tidak ditawarkan kerana sebelum ini mangsa menetap bersama ibunya.

9-Susulan peristiwa hitam itu, mangsa kini tinggal berasingan dan telah menetap bersama ibu saudaranya.

10-Sementara itu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata, ahli keluarga mereka tidak hadir ke mahkamah untuk urusan jaminan.

11-Selepas mendengar perkara itu, Hakim, Norshila menetapkan 7 Ogos depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Jika anda atau orang terdekat menjadi mangsa rogol atau gangguan seksual berikut tip yang perlu dilakukan:

1- Bertenang dan jangan salahkan diri. Anda adalah mangsa.

2-Pergi ke tempat yang selamat dan beritahu orang yang dipercayai.

3-Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor atau membuat laporan polis.

4-Elakkan mandi atau membersihkan diri sebelum pemeriksaan doktor.

5-Elakkan makan, minum dan menggosok gigi sebelum pemeriksaan doktor.

6-Jangan menukar pakaian, mencuci alat sulit atau membersihkan tempat yang diserang bagi pengumpulan bukti.

7-Buat laporan polis dengan segera. Jangan pergi seorang diri. Pastikan pergi bersama orang yang dipercayai.

8-Lakukan pemeriksaan doktor secepat mungkin untuk dapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol.

9-Dapatkan bantuan profesional untuk menangani trauma, keselamatan dan masalah kesihatan yang mungkin timbul.

Semoga ada keadilan buat mangsa.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang