Disangka kemalangan, rupa-rupanya pembunuhan terancang. Wartawan dibunuh tertekan dipaksa kahwin awal

No Image Caption
A
A
A

PADA mulanya dianggap hanya kemalangan biasa, namun kematian seorang wartawan di Indonesia akhirnya membongkar kisah tragik yang mengejutkan ramai.

Lapor Detik News, Juwita dari Banjarbaru yang ditemui tak bernyawa di tepi jalan raya bersama motosikal miliknya disangka insiden biasa, rupa-rupanya hanyalah satu helah.

Hasil siasatan polis, mangsa sebenarnya dibunuh oleh teman lelakinya sendiri, Jumran yang merupakan seorang anggota tentera laut.

No Image Caption

Lebih memilukan, pembunuhan itu dirancang dengan teliti dan dibuat seolah-olah seperti kemalangan yang tak disengajakan.

Segalanya terbongkar selepas polis dan forensik menjalankan siasatan rapi, jumpa lebam di leher serta beberapa petunjuk lain yang tak masuk akal.

No Image Caption

Siasatan forensik akhirnya mendedahkan Juwita dicekik dan diserang secara fizikal.

Artikel Berkaitan:

Bila lagi dalam siasatan dibuat, akhirnya Jumran mengaku bersalah membunuh teman wanitanya sendiri selepas ditahan pihak berkuasa.

Apa yang mengejutkan, Jumran merancang setiap langkah daripada membunuh mangsa dalam kereta sewa hinggalah mencuci motosikal untuk hapuskan jejak.

No Image Caption

Lagi tak berperikemanusiaan, boleh pula suspek letak mangsa orang yang pernah dia sayang di tepi Jalan Trans-Gunung Kupang, Kalimantan Selatan supaya nampak macam nahas jalan raya.

Berikut kronologi kes:

1. Suspek menyerang Juwita dengan cara memeluk kuat dan mencekik leher mangsa.

2. Wanita itu sempat terhentak dengan tali pinggang keselamatan hingga lebam.

No Image Caption

3. Mayat mangsa kemudian ditinggalkan di dalam kereta dan suspek terus ke pusat beli-belah di Banjarbaru.

4. Suspek mengambil semula motosikal mangsa dan cuci untuk hilangkan cap jari.

5. Kemudian, Jumran kembali ke lokasi untuk set up kejadian supaya nampak seperti kemalangan jalan raya.

No Image Caption

6. Suspek letak motosikal Juwita dalam semak kononnya mangsa terbabas dan kemudian keluarkan mayat sebelum diletakkan tepi motosikal.

7. Selesai plan, lelaki durjana itu terus cabut lari dengan kereta sewa.

No Image Caption

8. Tertuduh juga sempat ambil telefon bimbit Juwita dan musnahkannya kerana terdapat bukti video serangan seksual di dalam telefon tersebut.

Penjara seumur hidup

Selepas disiasat, motif pembunuhan adalah berpunca akibat tertekan dipaksa untuk kahwin awal oleh keluarga mangsa.

Lelaki berusia 23 tahun itu dilaporkan hilang kawalan emosi selepas diasak oleh kekasihnya yang merupakan wartawan portal berita tempatan untuk berkahwin.

No Image Caption

"Tertuduh secara sah dan terbukti melakukan pembunuhan terancang," ujar Ketua Hakim, Leftenan Kolonel Arie Fitriansyah dalam prosiding mahkamah baru-baru ini.

Selain dihukum penjara, Jumran turut dilucutkan daripada perkhidmatan tentera laut secara serta-merta.

Tertuduh kini diberi masa tujuh hari untuk mempertimbangkan rayuan bersama peguam.

No Image Caption

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang