Baru saja nikah, terus lafaz cerai. Lelaki dakwa pengantin perempuan hamil

A
A
A

PASANGAN suami isteri sentiasa mengimpikan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun begitu, impian seorang wanita di Indonesia untuk melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta menjadi mimpi ngeri.

Hatinya remuk dan berkecai apabila diceraikan suami sebaik sahaja menyempurnakan akad nikah.

Memetik laporan TribunJateng.com, video yang tular di laman sosial negara Republik tersebut memaparkan situasi seorang pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja diijabkabul.

Baca juga Lelaki Pukul Isteri Kedua Hingga Koma, Rupanya Ada 4 Isteri, 7 Anak

Rakaman video itu berjudul ‘Pemuda di Bima ceraikan isteri beberapa minit selepas ijab kabul, keluarga pengantin perempuan terus mengamuk’.

Dalam video terbabit kelihatan si suami enggan menurunkan tandatangan pada surat nikah dan telah berdiri sebelum bertindak melafazkan cerai kepada isteri yang baru dinikahi.

Susulan itu, berlaku kekecohan sehingga menyebabkan keluarga pengantin perempuan hampir pitam.

Ini termasuklah mengakibatkan perbalahan antara pihak keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Baca juga [VIDEO] Wanita Meraung Kesakitan, Dakwa Dipukul Suami. Jiran Segera Report Polis

Gambar hiasan: Freepik

Difahamkan, pada keterangan video lelaki itu dikatakan menikahi wanita yang dipercayai hamil dan enggan bertanggungjawab.

Bagaimanapun, dia dipaksa oleh pihak keluarga pengantin perempuan supaya meneruskan juga pernikahan. Dimaklumkan, sebelum akad nikah berlangsung lelaki tersebut berkelakuan baik-baik sahaja.

Pun demikian, dek diselubungi perasaan kecewa lantas dalam bahasa Bima lelaki itu melafazkan: “Hari ini, aku talak Yati."

Bagaimanapun, penghujung insiden tersebut tidak dapat dipastikan kerana video itu berakhir dalam situasi kedua-dua keluarga bergaduh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang